Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Petani Luar Bandar Di China Kini Jual Hasil Tani Dari Strim Langsung

Petani Luar Bandar Di China Kini Jual Hasil Tani Dari Strim Langsung

Diterbitkan Julai 10, 2025 oleh ariff bukhari

Semakin ramai petani tradisional di China berubah menjadi “petani baharu” dengan memanfaatkan teknologi seperti penstriman langsung (livestreaming) untuk menjual hasil pertanian terus kepada pengguna dalam talian melalui telefon pintar.

Gao Chaorong, seorang petani berusia 56 tahun, kini mengikuti “bootcamp livestreaming” untuk belajar cara menarik pembeli menerusi aplikasi seperti Douyin dan Xiaohongshu.

Fenomena ini semakin berkembang dengan peningkatan sebanyak 52% pencipta kandungan luar bandar dalam setahun dengan penggunaan  tanda pagar “petani baru” telah dilihat lebih daripada 227 juta kali.

Malah, pegawai kerajaan tempatan turut dilatih untuk membantu memasarkan hasil tani secara digital serta terdapat sekolah latihan yang mengenakan yuran sekitar 5,000 yuan (~RM3,250) untuk latihan intensif selama 4 hari.

Peserta akan diajar teknik penstriman seperti penggunaan skrip menarik, visual latar yang sesuai, serta cara memahami penonton.

Namun, disebalik perubahan ini, cabaran masih wujud terutama dalam penyesuaian teknologi dalam kalangan petani berusia.

“Strim langsung dan membuat video semuanya baharu, Bagi golongan muda, mengklik pada komputer…terasa mudah, tetapi kami perlu melakukan dua kali usaha untuk mempelajari perkara ini.” Gao Chaorong, petani berusia 56 tahun.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Firma Jepun Dan UK Rancang Bina Pusat Data Terapung Pertama Di Dunia
  • MYTV Mana-Mana Premium Dilancar, Langganan Serendah RM6.90 Sebulan

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kementerian Kewangan Nafi Dakwaan Caj Perkhidmatan QR Akan Dikenakan Mulai 1 November
  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
©2026 WISER.MY