Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mysalam covid

Pesakit Covid-19 Boleh Tuntut mySalam Tapi Ada Syarat Wajib

Diterbitkan April 18, 2022 oleh Nadiah Ab

Berikutan skim bantuan mySalam oleh Kerajaan, dimaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke wad disebabkan Covid-19 juga layak untuk memanfaatkan bantuan mySalam.

Berdasarkan syarat yang dinyatakan, hanya penerima mySalam yang layak dan positif Covid-19 sahaja boleh membuat tuntutan untuk hospitalisasi pada tahun 2022.

Untuk ketahui apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan, anda boleh rujuk di bawah.

Pesakit Covid-19 Boleh Tuntut mySalam Tapi Ada Syarat Wajib
Sumber: mySalam

Walau bagaimanapun, sekiranya anda kuarantin secara sukarela, anda tidak boleh melakukan sebarang tuntutan.

Begitu juga dengan tangkap layar notis kuarantin di aplikasi MySejahtera yang juga tidak akan diterima untuk membuat tuntutan.

Menurut portal mySalam, ia kerana notis kuarantin tersebut tidak mempunyai butiran seperti tarikh mula dan akhir kuarantin, lokasi kuarantin, pengesahan cap dan tandatangan pegawai kesihatan/doktor yang mengeluarkan arahan kuarantin.

Ini bermakna hanya Surat Perintah Isolasi dan Surat Pelepasan Isolasi yang ditandatangani oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia berserta cop rasmi yang jelas dari pusat kuarantin berhampiran sahaja yang diterima.

Jika anda memenuhi syarat yang diberikan, boleh rujuk pautan INI untuk ketahui cara menghantar tuntutan untuk hospitalisasi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.mysalam.com.my.

Sumber: mySalam

Baca juga:

  • Ini Cara Buat Tuntutan mySalam Sehingga RM8,000
  • mySalam: Skim Bantuan Sehingga RM8,000, Ini Cara Semak Kelayakan
  • KKM Nasihatkan Jangan Beli 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY