Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image_fx (3)

Perubahan Iklim Telah Mengubah Paksi Putaran Bumi – NASA

Diterbitkan Mei 15, 2025 · Dikemas kini Mei 15, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam tempoh hanya satu abad, manusia telah mengubah iklim sehingga mempengaruhi cara Bumi berputar.

Ia selepas para saintis baru-baru ini mendapati bahawa pencairan ais, kehilangan air bawah tanah, dan kenaikan paras laut sedang mengubah paksi putaran Bumi, sekali gus turut menyebabkan hari menjadi lebih panjang.

Dapatan itu adalah hasil ke atas analisis data terkumpul  lebih dari 120 tahun yang menunjukkan bahawa paksi Bumi telah bergeser sekitar 10 meter sejak tahun 1900.

Perubahan Iklim Telah Mengubah Paksi Putaran Bumi – NASA
Rajah menunjukkan paksi putaran Bumi berpindah kira-kira 30 kaki (10 meter) antara tahun 1900 dan 2023.

Menurut NASA, perpindahan jisim dari pencairan glasier dan lembaran ais, serta penurunan air bawah tanah, membuat planet kita berputar dengan sedikit goyah, menyebabkan berlakunya fenomena yang dikenali sebagai “polar motion“.

Sejak tahun 2000, hari Bumi bertambah panjang sekitar 1.33 milisaat setiap 100 tahun — lebih cepat daripada tempoh sebelumnya.

Sekiranya pelepasan gas rumah kaca terus meningkat, hari Bumi mungkin memanjang hingga 2.62 milisaat per abad menjelang 2100.

Ia adalah lebih besar daripada kesan tarikan graviti bulan yang sebelumnya dianggap sebagai penyebab utama perubahan panjang hari.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Pemanasan Global Tapi Ais Antartika Meningkat? Ini Penjelasannya
  • iPhone Pada Masa Depan Mungkin Boleh Dikawal Menerusi Kawalan Minda

Sumber: NASA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY