Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perubahan Iklim Menyebabkan Padi Yang Ditanam Secara Tradisional Kurang Berkhasiat

Perubahan Iklim Menyebabkan Padi Yang Ditanam Secara Tradisional Kurang Berkhasiat

Diterbitkan Mei 22, 2026 oleh ariff bukhari

Nasi ialah makanan ruji utama bagi lebih 4 bilion manusia. Negara pengeluar utama seperti China, India, Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan Thailand bergantung kepada padi bukan sahaja sebagai sumber kalori, malah sebagai nadi ekonomi.

Di beberapa negara, nasi menyumbang sehingga 70% pengambilan kalori harian.

Pengeluaran beras global juga dianggarkan perlu meningkat kira-kira 15-20% untuk memenuhi permintaan makanan dalam beberapa dekad akan datang.

Namun kini ia berdepan cabaran besar akibat perubahan iklim, kekurangan air dan kaedah penanaman tradisional yang mencetuskan pelepasan metana pada kadar yang tinggi didapati telah memberi kesan terhadap hasil serta nilai nutrisi makanan ini.

Kajian menunjukkan sawah padi menyumbang sehingga 12% pelepasan metana global dan menggunakan hampir 40% air pengairan dunia.

Justeru, dengan rantaian bekalan antarabangsa yang saling berkaitan berada dalam risiko, tumpuannya adalah untuk mencari penyelesaian kepada isu ini.

Perubahan Iklim Menyebabkan Padi Yang Ditanam Secara Tradisional Kurang Berkhasiat
Kajian menunjukkan bahawa bagi setiap kenaikan suhu 1 darjah Celsius, hasil padi boleh menurun lebih daripada 8%.

Inovasi seperti penanaman padi mengunakan kaedah Alternate Wetting and Drying (AWD) menjadi kunci penyelesaian yang mampu mengurangkan pelepasan metana sehingga 70% dan meningkatkan kesuburan tanah.

Sehingga kini, kaedah AWD telah menunjukkan hasil yang baik seperti di Arkansas (Amerika Syarikat), India, Itali dan Thailand.

Vietnam, khususnya, telah muncul sebagai peneraju global dalam peralihan ini dengan Kerajaan negara menyasarkan 1 juta hektar beras rendah emisi menjelang 2030.

Teknologi digital dan kecerdasan buatan pula membantu petani mengurus air dan memantau pelepasan.

Penggunaan teknologi boleh membantu petani mengoptimumkan penggunaan air dalam AWD dan menjejaki pengurangan pelepasan emisi karbon dengan lebih tepat.

Kesimpulannya, kerjasama antarabangsa, pasaran karbon dan sokongan kewangan memberi peluang baharu kepada petani untuk beralih kepada amalan lestari.

Transformasi ini bukan sahaja menjamin kelangsungan makanan, tetapi juga melindungi kehidupan jutaan keluarga yang bergantung kepada padi.

Berkaitan

  • Agensi Nuklear Malaysia Sedang Membangunkan Benih Padi Tahan Banjir
  • MOSTI Sumbang Baka Padi Nuklear Kepada Pesawah Kuala Terengganu
  • MYSA Bangunkan Sistem Pengurusan Tanaman Padi Dan Empangan Untuk Kegunaan MADA
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY