Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Russian cybersecurity company Kaspersky Lab

Perniagaan Di Malaysia Antara Yang Tertinggi Alami Serangan Siber Pada Tahun 2022

Diterbitkan April 27, 2023 oleh ariff bukhari

Diperingkat global data terkini daripada Kaspersky menunjukkan lonjakan sehingga 45% berkaitan ancaman web yang disekat oleh Kaspersky sepanjang tahun lepas.

Dalam laporan serangan siber 2022 yang diterbitkan oleh Kaspersky menunjukkan, penjenayah siber paling banyak menyerang negara-negara Asia Tenggara sepanjang tahun 2022.

Semasa kemuncak pandemik pada tahun 2020 dahlu, Kaspersky berkata mereka telah menghalang sebanyak 10,200,817 serangan web daripada menjangkiti perniagaan di Asia Tenggara.

Kemudian jumlah itu sedikit menurun pada 2021 kepada 9,180,344, tetapi kembali meningkat pada 2022 kepada 13,381,164.

Singapura mencatatkan lonjakan YOY (year over year) tertinggi dari segi ancaman web yang menyasarkan perniagaan tahun lepas.

Negara Asia Tenggara mencatatkan peningkatan lebih daripada tiga kali ganda (329%) selepas penyelesaian perniagaan Kaspersky menyekat sejumlah 889,093 serangan web, peningkatan yang mengejutkan daripada jumlah keseluruhan 207,175 insiden yang berlaku pada 2021.

Peningkatan serangan siber juga dilihat berlaku di empat negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Malaysia (197%), Thailand (63%), Indonesia (46%) dan Filipina (29%).

Hanya Vietnam sahaja yang menyaksikan sedikit penurunan (-12%) selepas merekodkan hanya 2,485,168 insiden ancaman web pada tahun lepas berbanding 2,822,591 pada 2021.

Online Attacks against SEA Businesses_2304

“Tahun lepas adalah tempoh pembukaan semula untuk kebanyakan perniagaan di Asia Tenggara, dan malangnya, begitu juga untuk penjenayah siber. Kerajaan Vietnam secara berterusan mendorong untuk memperkukuh pertahanan keselamatan siber negara dan syarikat tempatan negara itu dan amat menggalakkan untuk melihat usaha itu diterjemahkan kepada hasil yang konkrit,” Yeo Siang Tiong, Pengurus Besar untuk Asia Tenggara di Kaspersky.

Berkaitan

  • Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'
  • Anak Muda Ketagih Model iPhone Terbaru Kerana Pengaruh Kawan - Kajian
  • AKPK Sahkan Data Peribadi Kira-Kira 20 Pelanggan Tertiris Di 'Dark Web'

Sumber: Siaran Media Kaspersky

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY