Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pernah Terima Ulasan Negatif Dari MKBHD, Fisker Kini Failkan Muflis

Pernah Terima Ulasan Negatif Dari MKBHD, Fisker Kini Failkan Muflis

Diterbitkan Jun 21, 2024 oleh ariff bukhari

Fisker, firma EV kedua yang dimulakan oleh pereka legenda BMW dan Aston Martin, Henrik Fisker, telah memfailkan muflis dan berhasrat untuk menjual asetnya dan menyusun semula hutangnya.

Perkara yang tidak dapat dielakkan ini  datang beberapa bulan selepas ia menghentikan pengeluaran di tengah-tengah kekurangan aliran tunai, siasatan keselamatan, dan ulasan yang memusnahkan satu-satunya produknya, Fisker Ocean SUV.

YouTuber terkenal Marques Brownlee atau lebih dikenali sebagai MKBHD telah mengulas kereta itu di saluran Auto Focusnya,dengan menyimpulkannya terus kepada, “Ini Kereta Terburuk Yang Pernah Saya Ulas.”

Brownlee mendedahkan isu perisian yang membingungkan, termasuk respon yang terlalu perlahan dari paparan pusat kawalan, lampu amaran yang tidak teratur dan isu-isu lain.

Brownlee menafikan ulasannya telah membunuh syarikat itu menerusi X, tetapi sebaliknya menyatakan syarikat itu telah ditakdirkan lama untuk gagal sebelum mana-mana videonya.

https://x.com/MKBHD/status/1803086845091135626

Fisker sedang berusaha untuk menjual asetnya, bernilai antara $500 juta hingga $1 bilion, dengan liabiliti antara $100 juta–$500 juta, menurut pemfailannya.

Syarikat itu, yang ditubuhkan melalui syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC), mengontrak firma Kanada Magna untuk mengeluarkan keretanya. Adobe dan Google adalah antara pemiutang terbesarnya.

Fisker berkata dalam pemfailannya bahawa dalam operasi terhad, ia akan berfungsi untuk “memelihara program pelanggan tertentu.” Tiada butiran khusus tentang bahagian, waranti atau kemas kini perisian disertakan.

Fisker secara teknikalnya adalah syarikat EV kedua yang dimulakan oleh Henrik Fisker selepas Fisker Automotive mengeluarkan Fisker Karma.

Ia merupakan kereta sukan GT plug-in hybrid mewah tetapi gagal lebih awal selepas ia rosak pada landasan ujian Consumer Report sebelum ia benar-benar diuji.

Malah ia turut menerima panggilan semula ekoran risiko terbakar.

Pernah Terima Ulasan Negatif Dari MKBHD, Fisker Kini Failkan Muflis
Fisker Karma.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Pertama Kali Dalam Sejarah, EV Tesla Ini Jadi Kereta Terlaris Di Dunia Atasi Toyota Corolla 

Sumber: Fisker, Ars Technica

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY