Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone se 3

Apple Bersiap-Siap Nak Keluarkan iPhone SE 3

Diterbitkan Disember 22, 2021 oleh Helmi Samsuri

Tak semua orang mahukan telefon dengan saiz skrin yang kecil tetapi masih lagi ada permintaan untuk rekaan seperti itu. Ini dapat dilihat menerusi laporan yang dibuat oleh MyDrivers, pengeluaran percubaan iPhone SE generasi ketiga bakal bermula tidak lama lagi.

Menurut laporan tersebut, rangkaian pembekal komponen sudah mula bersiap sedia dalam penghasilan model baharu itu. Jika tiada sebarang masalah berlaku, iPhone SE 3 berkemungkinan dilancarkan sekitar suku pertama tahun hadapan, iaitu selewat-lewatnya pada penghujung Mac 2022.

Bagi keluaran generasi ketiga itu, saiphiz skrin dikatakan kekal pada ukuran 4.7 inci dari jenis Retina HD LCD disertai butang Home bersama fungsi Touch ID. Spesifikasi lain yang kita boleh ramalkan adalah penggunaan cip A15 Bionic serta kemampuan fotografi lebih baik dari model terdahulu.

Ura-ura turut menyatakan Apple mungkin tidak akan keluarkan versi Mini (5.4 inci) dimana segmen telefon pintar ‘comel’ ini bakal digalas oleh iPhone SE. Dari segi harga, kita boleh jangkakan nilai jualan yang sama seperti model sebelumnya, sekitar RM1999- RM2199 berbeza mengikut kapasiti storan.

Sumber: MyDrivers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY