Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Perlu Muat Turun Aplikasi MySejahtera Untuk Terima RM50 Dari Kerajaan

Posted on Jun 8, 2020

Awal bulan ini, Perdana Menteri telah mengumumkn inisiatif ePenjana seperti menyalurkan kredit RM50 ke dalam e-Dompet untuk rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, menambah kepada perkara berkenaan, melalui sidang media Datuk Seri Ismail Sabri, beliau berkata untuk penerimaan RM50 tersebut, rakyat Malaysia perlu memuat turun aplikasi MySejahtera terlebih dahulu.

Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet setelah pengguna muat turun aplikasi MySejahtera – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/sGor9aQwW1

— BERNAMA (@bernamadotcom) June 8, 2020

Langkah ini diambil oleh kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat memuat turun aplikasi berkenaan yang boleh digunakan untuk tujuan pengesanan kontak antara pengguna.

Selain itu, aplikasi berkenaan turut memaparkan info semasa, penilaian kesihatan kendiri dan sebagainya. Pada masa yang sama juga ia membolehkan Kementerian kesihatan menggunakan maklumat dan data pengguna sebagai langkah mengekang wabak Covid-19 ini.

Sumber: Ismail Sabri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress