Perkhidmatan Yoodo Mengalami Masalah Ketika Ini

*Perkhidmatan Yoodo sudah kembali normal seperti biasa.

Hari ini, Yoodo menerusi laman media sosial mereka telah membuat pemberitahuan bahawa perkhidmatan mereka mengalami masalah.


Menurut Yoodo, pasukan petugas ketika ini sedang menjalankan kerja-kerja baikpulih untuk mengembalikan perkhidmatan kepada normal.

Syarikat itu juga meminta maaf atas gangguan yang dihadapi dan berterima kasih atas kesabaran yang diberikan pengguna.

Berdasarkan komen pengguna, akses data dan lain-lain perkhidmatan berjalan dengan baik tetapi hanya melibatkan masalah pada aplikasi.



Sebelum ini iaitu pertengahan Mac lalu, sebahagian besar pengguna Yoodo turut mengalami masalah untuk mengakses internet akibat dari ralat teknikal yang berlaku.

Lanjutan dari itu, sebagai salah satu langkah permohonan maaf, Yoodo telah memberikan 3GB data percuma kepada pengguna. Adakah anda pengguna Yoodo dan terkesan dengan gangguan ketika ini? Boleh kongsikan diruangan komen.