Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PERKESO Sahkan Sistem, Laman Web Digodam Sejak Sabtu

PERKESO Sahkan Sistem, Laman Web Digodam Sejak Sabtu

Diterbitkan Disember 8, 2023 ยท Dikemas kini Disember 8, 2023 oleh Amalina Athman

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kini mengesahkan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang diserang penggodam, sejak Sabtu lalu.

Dalam kenyataannya, PERKESO memaklumkan pelan pengurusan krisis telah diaktifkan pada hari sama, dengan unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) digerakkan bagi tujuan pemulihan sistem.

Jelas agensi itu, peringkat awal modus operandi serangan siber berkenaan dikenal pasti bertujuan untuk melumpuhkan infra PERKESO yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

Bagaimanapun, kejayaan unit ICT PERKESO mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan ‘character assasination’ (pembunuhan watak) terhadap imej PERKESO.

Dalam pada itu, PERKESO turut memberi jaminan aktiviti yang dilakukan oleh penggodam tidak menjejaskan perkhidmatannya kepada pencarum, majikan dan orang ramai.

Sementara itu, mengulas mengenai kebocoran maklumat yang dipaparkan di ‘dark web‘ atau laman sesawang gelap, hasil penelitian awal pihak PERKESO mendapati kesahihan data yang dicuri oleh penggodam itu amat diragui, tidak lengkap dan luput.

Ia berikutan satu kluster data yang dicuri berkenaan tidak pernah dicerap oleh PERKESO, sejak agensi itu ditubuhkan pada Oktober 1971.

SIARAN MEDIA
SISTEM, LAMAN SESAWANG PERKESO DIGODAM
ALERT: OPERASI HARIAN TIDAK TERJEJAS

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO.#PERKESOPrihatin #ancamansiber pic.twitter.com/94wy9l2I0f

— PERKESO Official (@PERKESOofficial) December 8, 2023

Bukan kali pertama, serangan siber terhadap PERKESO telah berlaku beberapa kali, dengan kali terakhir pada September lalu dan berjaya dibendung.

Agensi itu turut menjelaskan pihaknya akan berkongsi hasil forensik dengan pihak berkuasa.

Sumber: PERKESO

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY