Perkara Menarik Yang Anda Tak Tahu Kaitan Samsung Dengan Merdeka 118

Januari lepas, pencakar langit baharu, Merdeka 118 dengan rasminya telah pun dibuka.

Sebelum ini, ia juga dikenali sebagai Menara Warisan Merdeka, KL118 dan juga PNB 118.

Merdeka 118 adalah bangunan kedua tertinggi di dunia, selepas Burj Khalifa (168 tingkat, 828m) di Dubai, yang siap pada tahun 2009.

Sekiranya anda tidak tahu, kedua-dua bangunan ini telah dibina oleh Samsung C&T E&C Group.



Merdeka 118 yang baru dibuka di tengah-tengah Kuala Lumpur, mempunyai ketinggian 679 meter.

Menara ini direka oleh Fender Katsalidis, sebuah firma seni bina yang berpangkalan di Melbourne, Australia, dan dibina oleh Samsung C&T Construction and Engineering Group.

Dengan struktur 500 meter tinggi, puncak menaranya pula menambah lagi 160 meter.

Merdeka 118 mempunyai sejumlah 118 tingkat, lima di bawah tanah, dan mempunyai jumlah keluasan lantai adalah 673,862 meter persegi.

Keluasan tersebut adalah bersamaan dengan gabungan 94 padang bola sepak.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kompleks dan kemudahan yang besar termasuklah pejabat, hotel mewah, dan pusat beli-belah.

Tambahan lagi, sebuah balai cerap dengan pemandangan panorama Kuala Lumpur akan dipasang di tingkat atas menara ini.

Dengan itu, sekali gus menjadikan Merdeka 118 mercu tanda bertaraf dunia.



Bagaimanapun, menara kebanggaan rakyat Malaysia ini tidak dibina dengan mudah dan banyak cabaran untuk merealisasikannya.

Samsung mengatakan mereka menggunakan teknologi pembinaan yang paling maju.

Jumlah konkrit berkekuatan tinggi yang digunakan untuk Merdeka 118 adalah sebanyak 400,000 meter padu, meliputi padang bola sepak ke ketinggian 19 tingkat dalam satu blok pepejal.

Ini kerana, untuk pindahkan konkrit cecair ke tempat yang tinggi terutama dalam pembinaan pencakar langit adalah mencabar.

Oleh itu, teknologi pam bertekanan tinggi digunakan untuk mengepam konkrit sehingga ketinggian yang diperlukan semasa menara dibina.

Setelah itu, bagi menjadikan konkrit lebih kuat, 40,000km bar keluli (rebar) telah digunakan yang mana panjangnya menghampiri ukur lilit (circumference) bumi.

Tambahan pula, sistem satelit kedudukan global (GPS) digunakan untuk membuat pengukuran ketinggian masa nyata. Ini membantu memastikan ketepatan kerja.

Beralih pada puncak menara yang berketinggian 160 meter dengan berat 933 tan, Samsung menggunakan hydraulic jack untuk menolak puncak menara ke tempat paling atas menara dan kalau anda nak tahu, kren menara tidak lagi diperlukan.

Menerusi pencakar langit Burj Khalifa dan Merdeka 118, ia sebenarnya satu pencapaian cukup bermakna buat Samsung C&T Engineering & Construction Group yang mana kedua-duanya adalah bangunan tertinggi di dunia.



Buat pengetahuan anda, Menara Berkembar Petronas dengan ketinggian 452m yang pernah dilabel sebagai bangunan tertinggi pada tahun 1998 (selepas ia siap) juga dibina kumpulan yang sama.

Dalam perkembangan lain, Samsung C&T E&C Group juga telah membina beberapa projek mercu tanda di Malaysia, termasuk Star Residences, kompleks kediaman mewah (merupakan struktur kediaman tertinggi di Malaysia) dan Bangunan Sapura, ibu pejabat baharu Sapura Group of Companies yang berpangkalan di Malaysia.

https://youtu.be/UdGXRb74AME?si=0GNmXkGsnK_xPL-N

{suggest}

Sumber: Samsung

Berkaitan