Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Android Malware

Perisian Intip Dikesan Menyamar Aplikasi Android Popular

Diterbitkan Oktober 3, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan siber dari ESET telah menemui dua kempen perisian intip Android yang menyamar sebagai aplikasi popular di peranti Android.

Perisian intip itu dinamakan sebagai ProSpy dan ToSpy didapati menyamar sebagai Signal Encryption Plugin dan aplikasi ToTok Pro.

Aplikasi ini tidak tersedia di Google Play atau App Store, sebaliknya memerlukan pemasangan manual melalui fail APK yang dimuat turun dari laman web palsu yang menyerupai platform stor rasmi Android.

Perisian Intip Dikesan Menyamar Aplikasi Android Popular
ProSpy menyamar sebagai apliksi Signal dan ToTok, manakala ToSpy mensasarkan pengguna ToTok secara eksklusif.
Perisian Intip Dikesan Menyamar Aplikasi Android Popular

Penyelidik menerangkan, setelah dipasang, ia akan meminta akses kepada mesej SMS, senarai kenalan, fail peribadi dan maklumat peranti.

Ia juga menjalankan servis latar belakang secara berterusan untuk mengekalkan akses ke peranti.

ToSpy dan ProSpy menggunakan taktik penipuan seperti butang “CONTINUE” dan “ENABLE” yang mengarahkan pengguna kononnya ke laman rasmi.

Malah ikon aplikasi juga ditukar menyerupai Google Play Services untuk mengelirukan pengguna.

Perisian Intip Dikesan Menyamar Aplikasi Android Popular
Aliran menunjukkan proses pelaksanaan perisian intip ProSpy.

Walaupun kedua-dua perisian hasad ini menyasarkan pengguna di Emiriah Arab Bersatu (U.A.E.), ESET tetap menasihatkan agar pengguna tidak memuat turun aplikasi dari sumber luar dan sentiasa berhati-hati terhadap aplikasi yang kononnya meningkatkan fungsi aplikasi popular.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • 'Malware' Menyamar Sebagai LastPass Sasar Pengguna Mac
  • 'Power Bank' Pertama Guna Teknologi EV Tiba Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY