Perisian Hasad Terbaru Didapati Mencuri Data Kewangan Pengguna Peranti Android

Pengguna Android diminta berhati-hati dengan perisian hasad "Ginp".


Penyelidik keselamatan dari Threat Fabric mendedahkan penemuan perisian hasad terbaru yang sedang aktif menyerang pengguna peranti Android sejak akhir-akhir ini.

Perisian hasad itu dinamakan sebagai Ginp dan didapati menyerang serta mencuri data sulit kewangan pengguna menerusi peranti Android tanpa pengetahuan mangsa.

"...all the overlay screens (injects) for the banks include two steps; first stealing the victim's login credentials, then their credit card details. Although multi-step overlays are not something new, their usage is generally limited to avoid raising suspicion." Threat Fabric.

Ia didedahkan dalam laporan khas mereka bertajuk "Ginp -  A malware patchwork borrowing from Anubis." Perisian hasad ini mula ditemui oleh pihak keselamatan Kaspersky pada lewat Oktober lalu tapi dikesan sudah mula muncul sejak Jun 2019 lagi dalam pelbagai versi ketika masih dalam peringkat pembangunannya.

https://twitter.com/sh1shk0va/status/1186968376930897926

Penyelidik Threat Fabric menerangkan, buat masa ini penyebaran Ginp hanya berlaku menerusi fail APK yang dimuat turun dari laman sesawang.

Bermakna, ia masih belum menjangkiti aplikasi-aplikasi yang ditawarkan di dalam Google Play Store. Oleh itu, para pengguna Android dinasihatkan supaya tidak memuat turun fail APK dari laman sesawang lain bagi memasang aplikasi ke dalam peranti mereka.

Sebaliknya hanya memasang aplikasi-aplikasi sah yang ditawarkan hanya dari Google Play Store sahaja.

Berkaitan