Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Cerberus Menyerang Pengguna Android

Perisian Hasad Cerberus Menyerang Pengguna Android

Diterbitkan Ogos 16, 2019 oleh ariff bukhari

Mencuri data pengguna peranti Android dengan menyamar sebagai aplikasi servis perbankan dan lain-lain.

Penyelidik keselamatan peranti pintar telah mengesan sebuah perisian hasad terbaru yang secara khusus menyerang pengguna peranti Android. Perisian hasad yang dikenali sebagai Cerberus ini mengelirukan pengguna Android dengan menyamar sebagai aplikasi perbankan.

Tetapi disebalik itu, ia melakukan aktiviti sebenarnya iaitu mencuri data sulit pengguna. Penyelidik menyenaraikan beberapa keupayaan perisian hasad tersebut:-

  • membuat tangkap layar
  • merakam audio
  • menyalin log rakaman
  • menghantar, menerima dan memadam mesej SMS
  • mencuri senarai orang hubungan
  • mengutip informasi peranti
  • menjejaki lokasi peranti
  • mematikan ciri Play Protect
  • memuat turun aplikasi tambahan
  • membuang aplikasi dari peranti yang terjejas
  • mencuri nombor  kad kredit
  • mencuri kata laluan akaun bank

Penyelidik juga mendedahkan, Cerberus dibangunkan dari asas tanpa meminjam kod dari sebarang perisian hasad yang sedia ada. Cerberus turut dibangunkan dengan ciri Android RAT (Remote Administration Tool) yang membolehkan penggodam mengawal sepenuhnya peranti Android yang terjejas dari jauh.

Perisian Hasad Cerberus Menyerang Pengguna Android
Malah pembangun perisian hasad ini didapati amat aktif di laman Twitter dan mempersendakan firma keselamatan kerana tidak mengesannya sejak 2 tahun lalu. Kredit: Security Affairs 

Menurut penyelidik, setakat ini sebanyak 30 aplikasi telah terjejas dengan perisian hasad ini termasuklah 15 aplikasi perbankan dan 15 lagi aplikasi kategori lain.

Sumber: Security Affairs

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY