Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realst malware 3

Perisian Hasad Baru Sasar macOS 14 Sonoma

Diterbitkan Julai 26, 2023 · Dikemas kini Julai 26, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan iamdeadlyz telah menemukan perisian hasad baru yang mensasarkan sistem operasi macOS terbaru iaitu Sonoma sebagai mangsanya.

Walaupun macOS Sonoma baru sahaja diumumkan Apple dan belum lagi ditawarkan kepada semua pengguna komputer Apple Macintosh, tetapi penyelidikan lanjut oleh SentinelOne menunjukkan perisian hasad itu yang dikenali sebagai Realst itu memberi tumpuan yang luar biasa kepada peranti yang menjalankan macOS 14 Sonoma.

realst malware
 Hati-hati dengan permintaan akses aplikasi ke dalam sistem macOS.

Realst digunakan penjenayah siber untuk mengikis data penyemak imbas, termasuk kata laluan serta mengosongkan e-dompet kripto dengan dengan cepat selepas menjangkiti komputer tersebut.

Tidak setakat itu, penyelidik SentinelOne juga mendapati, Realst menyerang pelbagai jenis penyemak imbas. Ini termasuklah pelayar Firefox, Chrome, Opera, Brave dan Vivaldi. Tetapi pelayar Safari tidak pula ditemui sebagai penyemak imbas yang berpotensi terdedah dengan perisian hasad tersebut.

Penyelidikan lanjut oleh iamdeadlyz mendapati penyebaran Realst dibuat melalui permainan blockchain.

realst malware 2

Selain itu, pengguna macOS juga dinasihatkan untuk mengemas kini sistem operasi komputer mereka kepada versi terkini dan pastikan kata laluan yang digunakan adalah kukuh.

Anda juga dinasihatkan hanya memuat turun aplikasi dari platform rasmi Apple iaitu Mac App Store.

macOS Sonoma masih dalam peringkat pembangunan, bermakna ia masih dalam versi beta yang masih belum sempurna. Versi penuh macOS Sonoma dijangka akan mula dilepaskan kepada semua pengguna dalam bulan September atau Oktober nanti.

Berkaitan

  • macOS Sonoma Hanya Menyokong Model Komputer Macintosh Tertentu
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Maybank Lanjutkan Waktu Operasi Cawangan Untuk Urusan Berkaitan Aplikasi MAE

Sumber: Malware research

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY