Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Godam iPhone Didakwa Milik AS Dipercayai Jatuh Ke Tangan Penjenayah Siber

Perisian Godam iPhone Didakwa Milik AS Dipercayai Jatuh Ke Tangan Penjenayah Siber

Diterbitkan Mac 5, 2026 oleh ariff bukhari

Satu set teknik penggodaman iPhone yang sangat canggih dipercayai telah menjangkiti puluhan ribu peranti iOS hanya melalui lawatan ke laman web.

Alat penggodaman ini yang pada awalnya didakwa dibangunkan untuk kerajaan Amerika Syarikat, sebelum digunakan oleh pengintip Rusia untuk menyasarkan pengguna di Ukraine.

Kini, toolkit tersebut dipercayai telah jatuh ke tangan kumpulan jenayah siber bermotif kewangan di China.

Penemuan kit eksploitasi baharu bernama Coruna (CryptoWaters) ini yang menyasarkan peranti Apple menjalankan iOS versi 13 hingga 17.2.1.telah dilaporkan oleh pasukan Perisikan Ancaman Google.

Perisian Godam iPhone Didakwa Milik AS Dipercayai Jatuh Ke Tangan Penjenayah Siber
Garis masa kit eksploitasi iOS Coruna.

Google berkata kit ini mengandungi 23 eksploit dalam lima rantaian penuh, dengan apa yang disifatkan Google mencapai tahap kejuruteraan yang sangat canggih.

Serangan pertama dikesan di Ukraine pada Julai 2025, dikaitkan dengan kumpulan Rusia UNC6353, manakala kempen kedua muncul pada Disember 2025 melalui laman kewangan palsu di China oleh UNC6691.

Eksploitasi ini menyasarkan pengguna iPhone/iPad melalui iFrame tersembunyi dan memuatkan perisian hasad PlasmaLoader, yang mampu mencuri dompet kripto seperti MetaMask dan Exodus.

Selain itu, implan yang dipasang juga mampu mengambil alih proses sistem seperti powerd, locationd, SpringBoard, hingga aplikasi popular seperti WhatsApp.

Coruna turut menggunakan algoritma domain khas untuk elak daripada dikesan.

Walaupun tidak berkesan terhadap versi iOS terkini, laporan penemuan ini menekankan betapa pentingnya mengemas kini peranti setiap kali ia menerima kemas kini baharu dari pengeluar.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kemas Kini Segera, Kelemahan Peranti Android Dieksploitasi
  • iOS 26.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY