Ikuti kami di media sosial

Ulasan

Perbandingan Kamera iPhone 11 Pro vs Xiaomi Mi Note 10 (Deep Fusion vs Penta Camera)

irfan suhaimee

Ditulis

pada

Beberapa bulan yang lalu, Xiaomi telah melancarkan sebuah peranti yang mempunyai spesifikasi yang luar biasa iaitu Xiaomi mi Note 10. Hadir dengan 5 kamera utama dan juga merupakan peranti pertama yang menggunakan lensa bersaiz 108MP. Namun, masih menjadi tanda tanya apakah ia mampu untuk menandingi fungsi “Deep Fusion” yang telah diperkenalkan pada siri iPhone 11 yang hanya mempunyai lensa bersaiz 12MP.

Kami telah menguji kamera Xiaomi Mi Note 10 dan juga iPhone 11 Pro Max untuk mengetahui akan keupayaan kamera kedua peranti ini. Adakah implementasi “hardware” yang terdapat pada Xiaomi Mi Note 10 mampu mengalahkan implementasi “software” pada iPhone 11 Pro.

Gambar 1

                                             Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                   Gambar dari iPhone 11 Pro

Pada gambar pertama ini, jelas keupayaan Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang lebih jelas terutamanya detail pada bahagian jambatan. iphone 11 Pro pula menghasilkan imej yang mempunyai warna yang lebih pekat.

Gambar 2

                                                Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                       Gambar dari iPhone 11 Pro

Gambar yang kedua pula memperlihatkan keupayaan smart hdr dan juga Deep Fusion yang terdapat pada iPhone 11 Pro kerana ia mampu mencerahkan shadow pada imej berkenaan.

Gambar 3

                                                   Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                      Gambar dari iPhone 11 Pro

Hasil dari gambar ini menunjukkan keupayaan Mi Note 10 dalam menghasilkan gambar yang lebih detail. Namun, iPhone 11 Pro menghasilkan julat dinamik yang lebih cemerlang.

Gambar 4

                                                Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                           Gambar dari iPhone 11 Pro

Pada gambar potrait ini pula memperlihatkan kecemerlangan Mi Note 10 dalam menghasilkan edge detection yang tepat. Walaupun iPhone 11 Pro mempunyai masalah edge detection, namun warna yang dihasilkan lebih pekat.

Gambar 5

                                                    Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                         Gambar dari iPhone 11 Pro

Begitu juga pada gambar ini, iPhone 11 Pro dilihat menghasilkan imej yang lebih pekat dan lebih detail manakala gambar yang dihasilkan Mi Note 10 agak soft dan pudar. Jelas pada gambar ini menunjukkan keupayaan Deep Fusion.

Gambar 6

                                                      Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                         Gambar dari iPhone 11 Pro

Bagi imej potrait pula, Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang agak “soft” dan warna yang agak pudar manakala Iphone 11 Pro Max cemerlang dengan menghasilkan warna yang lebih natural terutamanya warna kulit.

Gambar 7

                                                   Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                        Gambar dari iPhone 11 Pro

Bagi gambar sudut ultra lebar pula, kedua-dua peranti dilihat menghasilkan imej yang jelas dan kemas…perbezaannya hanyalah tona warna di mana tona warna Xiaomi Mi Note 10 lebih warm berbanding Iphone 11 Pro yang menghasilkan warna sejuk.

Gambar 8

                                                     Gambar dari Xiaomi Mi Note 10

                                                        Gambar dari iPhone 11 Pro

Yang terakhir ialah dari segi zum…di sini sememangnya Xiaomi Mi Note 10 mempunyai kelebihan zum sebanyak 50x…jika dilihat pada imej 10x zoom xiaomi Mi Note 10 lebih jelas berbanding Iphone 11 Pro..namun perbezaannya hanyalah minimal.

Kesimpulannya, implementasi software dilihat amat penting. Pujian untuk Apple kali ini kerana fungsi Deep Fusion dilihat mampu bersaing dengan penta kamera yang digunakan oleh Mi Note 10. Tetapi, implementasi hardware juga penting untuk menghasilkan imej yang detail.

Oleh itu, keduanya harus seimbang dan dijangka siri Samsung S20 bakal hadir dengan lensa yang besar dan software yang cemerlang dan berkemungkinan ia akan diikuti oleh pengeluar peranti yang lain pada bulan ini.

Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Berita

Ujian Prestasi MediaTek Helio G70 Pada realme C3 Mendapati Ia Lebih Berkuasa Dari Snapdragon 665

Avatar

Ditulis

pada

Helio G70 realme C3

Awal bulan lepas MediaTek telah memperkenalkan cip Helio G70. Ia merupakan cip gaming untuk kelas bajet dan buat pertama kalinya telah dimuatkan dalam peranti realme C3. Peranti ini baru sahaja dilancarkan di India beberapa hari lepas dan telah diuji prestasi membandingkannya dengan peranti yang menggunakan cip Snapdragon 665.

Melalui laman teknologi Beebom, mereka telah berkongsikan hasil ujian prestasi antara Helio G70 pada realme C3 dan Snapdragon 665 pada Xiaomi Mi A3.

Spesifikasi Helio G70 vs Snapdragon 665

  • MediaTek Helio G70

Secara ringkas, MediaTek G70 menggunakan 8 teras dengan 2 pecahan kluster. Ia dibina dengan proses 12nm mempunyai 2 teras utama Cortex-A75 (2.0GHz) dan juga 6 teras jimat tenaga Cortex-A55 (1.7GHz).

Untuk GPU ia menggunakan pemprosesan dari ARM iaitu Mali-G52 pada kelajuan 820MHz bersama-sama teknologi HyperEngine MediaTek.

  • Snapdragon 665

Untuk Snapdragon 665 pula ia menggunakan 8 teras dengan 2 pecahan kluster. Namun ia dibezakan dengan 4 teras utama Kryo 260 Gold Cortex-A73 (2.0GHz) dan juga 4 teras jimat tenaga Kryo Silver Cortex-A53 (1.8GHz).

Bahagian GPU pula, ia menggunakan pemprosesan grafik Adreno 610.

Ujian Prestasi AnTuTu

Ujian prestasi yang pertama dilakukan oleh realme C3 adalah AnTuTu V8. Melalui ujian ini, MediaTek Helio G70 memperlihatkan skor 191731 yang lebih baik berbanding Snapdragon 665 dengan markah 183212. Apa yang menarik adalah Helio G70 mendapat skor lebih tinggi pada bahagian pemprosesan grafik. Ini bermakna bahagian GPU Mali-G52 juga berkuasa dan mampu mengalahkan Adreno 610 pada Snapdragon 665.

Kiri (Xiaomi Mi A3), tengah (realme C3), kanan (vivo U20). Sumber dari: Beebom

Turut dibandingkan adalah markah AnTuTu V8 dari peranti vivo U20. Namun disebabkan Snapdragon 675 lebih berkuasa, ia meletakkan Helio G70 selesa di antara cip Snapdragon 665 dan juga 675.

Ujian CPU Geekbench 5

Ujian prestasi Geekbench 5 menguji prestasi CPU dari segi teras tunggal dan juga multi-teras. Untuk ujian ini, Helio G70 memperoleh skor teras tunggal sebanyak 351 iaitu sedikit tinggi berbanding 301 pada Snapdragon 665. Sebaliknya untuk skor multi-teras pula Snapdragon 665 peroleh sebanyak 1393 yang lebih tinggi berbanding 1256 pada Helio G70.

Kiri (Xiaomi Mi A3), tengah (realme C3), kanan (vivo U20). Sumber dari: Beebom

Untuk skor teras tunggal, Helio G70 menggunakan teras terkini Cortex-A75 berbanding Cortex-A73 pada Snapdragon 665. Jadi, sudah semestinya Helio G70 lebih berkuasa. Namun untuk skor multi-teras pula, Snapdragon 665 mendapat nilai yang lebih tinggi disebabkan penggunaan 4 teras utama berbanding 2 sahaja pada Helio G70.

Boleh dikatakan dari segi prestasi dan penggunaan harian, G70 sedikit lebih pantas dengan penggunaan teras Cortex-A75 yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 665.

Ujian Kecerdasan Buatan AITuTu

Ujian kecerdasan buatan (AI) pada kedua-dua cip ini pula menceritakan kisah yang berbeza. Walaupun Helio G70 dipasarkan dengan ciri kecerdasan buatan yang pantas, skor diperoleh dari prestasi AITuTU pula tidak mengiyakan hal berkenaan.

Kiri (Xiaomi Mi A3), kanan (realme C3). Sumber dari: Beebom

Dari aspek AI, AI Engine Qualcomm pada Snapdragon 665 jauh meninggalkan Helio G70 dari MediaTek.

Ujian Grafik 3DMark

Helio G70 merupakan cip yang memfokuskan kepada gaming. Untuk itu, ujian prestasi grafik diuji untuk membandingkan kekuatan GPUnya dengan Snapdragon 665. Ujian ukur aras melalui Sling Shot Extreme memperlihatkan prestasi GPU Helio G70 sedikit lebih baik berbanding Snapdragon 665.

Kiri (realme C3), kanan (Xiaomi Mi A3). Sumber dari: Beebom

Walaupun hanya sedikit perbezaan antara kedua-duanya, kesemua aspek ujian menunjukkan Mali-G52 lebih berkuasa menjadikannya satu peningkatan prestasi yang sangat berbaik untuk kelas permulaan berbanding Adreno 610.

Relevan Perbandingan Dan Konklusi

Dari keseluruhan perbandingan yang dibuat, kita sudah jelas mengetahui peranti yang menggunakan cip Helio G70 seperti realme C3 adalah lebih berkuasa dari peranti menggunakan Snapdragon 665 seperti Xiaomi Mi A3.

Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan adalah mengenai peranti realme 5i yang baru dilancarkan beberapa minggu lalu menggunakan cip Snapdragon 665. Ia disasarkan untuk kelas pertengahan bajet. Adalah sedikit janggal dari segi pemasaran jika realme C3 yang merupakan kelas permulaan menggunakan Helio G70 yang lebih berkuasa.

Jika sebelum ini realme C2 dipasarkan dengan harga yang rendah bermula RM429, realme C3 juga sudah semestinya akan dijual pada harga sekitar yang sama. Dengan harga jualan yang lebih rendah berbanding realme 5i, pembelian realme 5i dilihat sangat tidak berbaloi untuk pengguna yang mengutamakan prestasi dan juga permainan video.

Apa-apa pun, melihatkan kepada prestasi cip Helio G70 yang sangat berkuasa untuk kelas permulaan ini, kami tidak sabar untuk menantikan harga jualan realme C3 ketika kehadirannya untuk pasaran Malaysia nanti.

*Segala gambar dan hasil ujian adalah dari laman Beebom, anda boleh layari laman web berkenaan untuk membaca sumber asal artikel ini.

Sumber: Beebom

 

Teruskan Bacaan

Ulasan

10 Sebab Mengapa Anda Patut Beli Huawei Mate 30 Pro 5G Sekarang

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

huawei mate 30 Pro 5G

Bila mana menyebut tentang 5G, rata-rata daripada kita seakan-akan masih tidak mampu menerima kenyataan bahawa ia semakin hampir di Malaysia. Benar, masih ada kawasan menghadapi liputan rangkaian selular yang lemah. Mahu atau tidak, teknologi akan sentiasa berkembang dan menanti anda untuk menikmatinya.

Untuk makluman, Malaysia sudah sedia untuk melaksanakan kemudahan Teknologi Mudah Alih Generasi Kelima (5G) secara komersial pada suku ketiga tahun ini. Ini menandakan penawaran rangkaian itu akan dibuat sekitar Julai hingga September tahun ini. Hanya beberapa bulan sahaja lagi bukan?

Berbalik kepada persoalan kenapa anda perlu memilih Huawei Mate 30 Pro 5G? Mudah, rangkaian 5G menawarkan sambungan mudah alih lebih pantas berbanding sedia ada dan untuk merasainya, Huawei Mate 30 Pro 5G adalah peranti pilihan.

Mengapa memilih Huawei Mate 30 Pro 5G? Ini 10 sebab untuk anda pertimbangkan.

1. Anda sudah mempunyai kunci untuk ke alam 5G

Huawei Mate 30 Pro 5G

Memiliki Huawei Mate 30 Pro 5G boleh diumpamakan sebagai kunci bagi anda meneroka lebih jauh lagi di arena 5G.

Pembangunan rangkaian 5G sudah galak dilaksanakan diserata dunia. Sehingga kini, 47 buah negara telah mengkomersialkan 5G dan sebahagian besarnya dikendalikan oleh Huawei. Antara lokasi yang sudah ditawarkan adalah China, Jerman, Itali dan Dubai. Bayangkan anda bercuti atau mengunjungi negara-negara tersebut, rangkaian 5G boleh digunakan melalui Huawei Mate 30 Pro 5G.

Di Malaysia? Seperti yang dinyatakan, kerajaan merancangan pengkomersialan 5G dibuat pada suku ketiga tahun ini.

2. Hanya Huawei yang sediakan perkakasan 5G dari mula hingga kepada peranti untuk pengguna.

Semua sudah mengetahui Huawei sedia membangunkan perkakasan untuk rangkaian 5G. Stesen pangkalan 5G, cip pemproses 5G, perkhidmatan awan 5G dan mereka juga turut sama menghasilkan telefon pintar 5G untuk pengguna.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Dari sini kita boleh melihat bagaimana Huawei memfokuskan 5G dan ini memberikan lebih kepercayaan kepada jenama ini bagi menikmati hasil 5G yang terbaik.

3. Cip pemproses Kirin 990 5G

Huawei Mate 30 Pro 5G

Keupayaan 5G pada model flagship Huawei ini diperoleh daripada pengguna cip Kirin 990 5G. Buat pengetahuan anda, cip ini adalah yang pertama didunia dengan integrasi 5G.

Sewaktu dilancarkan, ia berbeza dengan pesaing lain dimana Huawei menggabungkan cip Kirin ini dengan modem 5G Balong 5000. Tidak hanya menjimatkan ruang dan kos, pengoperasiannya lebih efisien.

Dibangunkan dengan proses 7nm dan EUV, Kirin 990 5G bukan sahaja menawarkan prestasi terbaik malah lebih cekap tenaga.

4. Dilengkapi 21 antena untuk sambungan yang lebih stabil 

Huawei Mate 30 Pro 5G

Huawei Mate 30 Pro mempunyai dilengkapkan dengan 21 antena dan 14 daripada digunakan untuk mengekalkan kestabilan rangkaian 5G. Apabila dibandingkan dengan telefon pintar 5G lain dan situasi yang sama, Mate 30 Pro 5G adalah 50% lebih pantas dan menggunakan tenaga lebih rendah.

Dengan jumlah antena sebegitu, pegangan tangan tidak menganggu penghantaran isyarat kepada peranti.

5. Boleh ke Huawei Mate 30 Pro 5G berfungsi pada rangkaian 4G?

Sudah tentu. Bukan sahaja sokongan kepada 5G NSA/SA, ia turut sama menyokong rangkaian 2G/3G/4G.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Ini bermakna apabila anda pergi ke negara yang tidak tersedia dengan 5G, peranti masih boleh beroperasi pada rangkaian yang lain. Peralihan antara rangkaian tidak memberikan masalah kepada anda.

6. Tiada lengah masa dan masalah tersekat-sekat.

Gamer sudah tentu tidak mempunyai masalah bermain aplikasi permainan dalam talian. Hal ini kerana rangkaiannya lebih laju dan stabil tanpa mengganggu pengalaman ketika bermain. Tiada lagi keluhan internet perlahan dan permainan tersekat-sekat.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Terima kasih kepada keupayaan Kirin 990 5G dan grafik Mali-G76, permainan beresolusi tinggi dengan latensi rendah dapat dinikmati. Apabila platform permainan awan ditawarkan pada masa hadapan, anda sudah tentu tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan peranti baru. Huawei Mate 30 Pro 5G sudah bersedia menjadi pelengkap kepadanya.

Penggunaan 5G sememangnya menelan kuasa yang banyak. Namun bagi memastikan “nyawa” peranti dapat dipanjang, Huawei Mate 30 Pro dibekalkan dengan bateri berkapasiti 4500mAh. Ia mampu mencapai tempoh sehari lebih.

Untuk isian, ia menggunakan pengecasan pantas Huawei Super-Fast Charge 40W dan turut disediakan dengan pengecasan tanpa wayar 27W. Tidak cukup dengan itu, Huawei Mate 30 Pro 5G juga mempunyai kemampuan pengecasan berbalik tanpa wayar. Ia boleh digunakan untuk mengecas peranti lain.

7. Huawei Mate 30 Pro 5G adalah telefon pintar 5G pertama mendapat pengesahan SIRIM.

Seperti laporan yang anda baca di media, Huawei Mate 30 Pro 5G merupakan telefon pintar dengan sokongan 5G pertama diiktiraf oleh SIRIM.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Bukan sahaja mendahului pesaing yang lain dalam penawaran peranti 5G untuk pasaran tempatan, ini membuktikan yang mana mereka sudah bersedia meneroka lebih jauh dalam 5G. Huawei Mate 30 Pro 5G ini mungkin sebagai permulaan dimana pada masa hadapan, mungkin akan lebih banyak penawaran yang akan kita lihat.

8. Raja kamera didalam penanda aras DxOMark

Huawei Mate 30 Pro 5G

Jangan dilupa pada kemampuan kamera. Lihat pada platform penanda aras DxOMark, Huawei Mate 30 Pro selesa menerajui senarai dengan skor 123.

Kelengkapan kameranya masih sama seperti Huawei Mate 30 namun dengan adanya cip pemprosesan Kirin 990 versi 5G, hasilnya lebih baik.

9. Rekaan premium pada kelas yang tersendiri

Huawei Mate 30 Pro 5G

Melihat sahaja pada luaran sudah mampu membuatkan anda jatuh hati pada Huawei Mate 30 Pro. Apatah lagi ketika memegangnya. Direka bentuk dengan sisi melengkung, membuatkan pegangan dalam tangan dibuat dengan selesa.

Tidak perlu memakai sarung pelindung kerana kemasan kulit berwarna oren Vegan sudah mencukupi, malah menambah elemen premium peranti ini.

10. Berapa laju 5G yang diuji di Malaysia

Berdasarkan ujian kelajuan melalui Mate 30 Pro 5G, kelajuan muat turun boleh dicapai sehingga 1856Mbps dan 132Mbps untuk muat naik.

Huawei Mate 30 Pro 5G

Sekarang anda mungkin sudah jelas kenapa Huawei Mate 30 Pro 5G sesuai untuk dimiliki. Bukan sahaja memiliki rekaan premium, didalamnya penuh mengandungi kemampuan terbaik untuk telefon pintar masa kini.

Dari keupayaan sambungan 5G yang pantas dan stabil, hinggalah kepada hasil rakaman foto dan video yang menjadi pujaan.

huawei mate 30 Pro 5g

Dijual bermula esok, 7 Februari 2020, harga rasmi yang ditetapkan untuk Huawei Mate 30 Pro 5G adalah RM4199 (RAM 8GB+256GB). Pembelian juga akan disertakan bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM527, seperti Huawei Wireless In-Car SuperCharge dan tempoh lanjutan jaminan 1 tahun.

Dalam pada itu, telco seperti Maxis, Celcom, Digi dan UMobile akan turut serta menawarkan Huawei Mate 30 Pro 5G melalui pelan mereka.

Huawei Mate 30 Pro adalah senjata untuk anda menempuh alam 5G akan datang. Untuk tips berkenaan Huawei Mate 30 Pro atau maklumat lebih lanjut, boleh kunjungi laman Huawei Malaysia.

 

Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia.

 

 

 

 

Teruskan Bacaan

Ulasan

[Ulasan] DJI Osmo Mobile 3 – Gimbal Mantap Kini Lebih Kompak

Aliff Aminuddin

Ditulis

pada

Siapa tidak mengenali DJI, sebuah jenama paling dikenali menghasilkan dron yang sangat berkualiti. Begitu juga dengan gimbal telefon pintar, DJI tidak terlepas menghasilkan gimbal yang juga turut berkualiti dengan pelbagai ciri menarik yang dapat digunakan untuk penghasilan video dengan menggunakan telefon pintar. Osmo Mobile 3 ini juga didatangkan dengan pembaharuan dari segi rekaan, fungsi dan juga ciri menarik dalam aplikasi terbaru mereka iaitu DJI Mimo.

Sebelum itu, kita lihat dulu spesifikasi penting pada Osmo Mobile 3 ini:

  • Berat: 405 g
  • Dimensi: Dilipat, 157 × 130 × 46 mm. Tidak dilipat, 285 × 125 × 103 mm
  • Siri Model: OF100
  • Kapasiti bateri: 2450mAh
  • Kadar penggunaan: 15 jam
  • Tempoh pengecasan: 2 jam 50 minit (Pengecasan 10w)
  • Bluetooth: Bluetooth 5.0 Low Energy
  • Aplikasi: DJI Mimo
  • Kesesuaian telefon pintar: Berat, 200 +/-30 g; Ketebalan, ≤ 9.5 mm; Kelebaran, 62-88 mm

Rekaan dan fungsi

Yang terbaru pada Osmo Mobile 3 ini, ianya didatangkan dengan rekaan yang boleh dilipat dengan saiz yang lebih kompak berbanding dengan sebelum ini iaitu Osmo Mobile 2. Rekaan ini cukup menarik dan memudahkan untuk pengguna membawanya kemana sahaja. Ia juga turut didatangkan dengan beg rasmi DJI. Rekaan pada Osmo Mobile 3 ini mendatangkan dengan butang trigger, yang mempunyai pelbagai fungsi berguna seperti:

  1. Tekan dua kali: Menengahkan posisi gimbal
  2. Tekan dengan lama: Mengaktifkan Activetrack 3.0
  3. Tekan tiga kali: Mengubah daripada kamera depan dan kamera belakang
  4. Tekan tiga kali dan tekan dengan lama: Mengaktifkan Sport Mode

Seterusnya, seperti Osmo Mobile sebelumnya, ia didatangkan dengan butang zoom in dan zoom out, butang mode dan butang shutter. Untuk fungsi butang mode pula:

  1. Mengubah mode rakaman
  2. Tekan dua kali untuk mengubah diantara portrait mode dan landscape mode

Kemudian didatangkan dengan lubang pengecasan USB-C untuk mengecas Osmo Mobile 3 dan juga lubang USB 2.0 untuk mengecas telefon pintar ataupun untuk memasang mikrofon.

Rekaan terbaru yang boleh dilipat ini dapat memberikan pengecasan serentak semasa telefon pintar berada dalam penggunaan mod landscape, tak seperti rekaan Osmo Mobile 2 sebelum ini dimana port pengecasan pada telefon pintar itu ditutup oleh gimbal.

Seterusnya, yang terbaru adalah hadirnya elemen penggunaan getah pada grip gimbal memberikan pengalaman memegang dengan lebih cengkaman dan lebih selesa supaya memberikan lebih kestabilan semasa merakam. Dibahagian bawah gimbal terletaknya lubang untuk memasang tripod.

Fungsi dan ciri menarik (DJI Mimo)

Seperti ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi DJI sebelum ini, ianya didatangkan dengan ciri yang sama seperti merakam, mengambil gambar, merakam timelapse, merakam hyperlapse dan juga panorama. Namun yang terbaru terdapat pelbagai fungsi menarik yang ditawarkan dengan menggunakan gimbal ini. Fungsi ini membantu dalam penghasilan video dan merakam video sesuai dengan mode yang ingin digunakan sesuai juga dengan keadaan persekitaran dan situasi seperti Gesture Control, ActiveTrack 3.0, Sport Mode, dan juga Story Mode.

Gesture control: Fungsi ini dapat membantu dalam mengambil gambar dengan hanya menggunakan gesture tangan anda. Anda hanya pose dengan mengangkat tangan anda dan tunjukkan peace sign, gimbal ini akan menangkap gambar dengan sendirinya.

ActiveTrack 3.0: Fungsi ini menarik kerana ianya akan mengikuti subjek yang telah di fokus kan, dan gimbal ini akan ikut setiap pergerakan anda mahupun subjek anda. Fungsi ini sesuai jika anda sedang berseorangan dan ingin membuat rakaman vlog anda.

Sport Mode: Fungsi ini sama lebih kurang dengan fungsi pada ActiveTrack cuma ianya akan mengikuti subjek dengan lebih pantas tanpa anda harus bimbang dengan kestabilan video anda.

Story Mode: Fungsi ini amat menarik dimana anda boleh memilih beberapa presets dan templates video dengan efek tersendiri setiap preset itu sesuai dengan mood. Gimbal ini akan merakam setiap pergerakan dengan sendiri dan akan menggabungkan setiap video menjadi satu video yang menarik siap dengan efek dan transition tersendiri.

Hasil video

Hasil rakaman dengan menggunakan gimbal ini memberikan satu kepuasan dimana video yang sangat stabil, tiada gegaran yang kelihatan serta video yang sangat kemas. Boleh dikatakan anda tidak perlu risau dengan hasil video daripada gimbal ini. Anda boleh merakam pada tetapan kualiti video pada 4K dan video anda akan kelihatan amat berkualiti. Kami amat berpuas hati dengan DJI Osmo Mobile 3 ini. Anda boleh melihat hasil rakaman video dan juga fungsi menarik dalam video ulasan dibawah:

Dengan itu, Osmo Mobile 3 ini amat disyorkan kepada mereka yang gemar menghasilkan karya – karya video dan filem mahupun mereka adalah kaki travel, ini lah gimbal yang mereka harus gunakan kerana kualiti penstabilan amat memuaskan dan boleh dikatakan cukup sempurna. Ia juga didatangkan dengan ciri dan fungsi yang menarik untuk memenuhi setiap mod penggambaran dan juga perfileman. Pada tanda harga RM499, dengan penstabilan dan fungsi menarik ditawarkan gimbal ini adalah pelengkap mereka yang berminat dalam dunia perfileman dan penggambaran.

 

Teruskan Bacaan

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular