Kami telah menguji kamera Xiaomi Mi Note 10 dan juga iPhone 11 Pro Max untuk mengetahui akan keupayaan kamera kedua peranti ini. Adakah implementasi “hardware” yang terdapat pada Xiaomi Mi Note 10 mampu mengalahkan implementasi “software” pada iPhone 11 Pro.
Gambar 1
Pada gambar pertama ini, jelas keupayaan Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang lebih jelas terutamanya detail pada bahagian jambatan. iphone 11 Pro pula menghasilkan imej yang mempunyai warna yang lebih pekat.
Gambar 2
Gambar yang kedua pula memperlihatkan keupayaan smart hdr dan juga Deep Fusion yang terdapat pada iPhone 11 Pro kerana ia mampu mencerahkan shadow pada imej berkenaan.
Gambar 3
Hasil dari gambar ini menunjukkan keupayaan Mi Note 10 dalam menghasilkan gambar yang lebih detail. Namun, iPhone 11 Pro menghasilkan julat dinamik yang lebih cemerlang.
Gambar 4
Pada gambar potrait ini pula memperlihatkan kecemerlangan Mi Note 10 dalam menghasilkan edge detection yang tepat. Walaupun iPhone 11 Pro mempunyai masalah edge detection, namun warna yang dihasilkan lebih pekat.
Gambar 5
Begitu juga pada gambar ini, iPhone 11 Pro dilihat menghasilkan imej yang lebih pekat dan lebih detail manakala gambar yang dihasilkan Mi Note 10 agak soft dan pudar. Jelas pada gambar ini menunjukkan keupayaan Deep Fusion.
Gambar 6
Bagi imej potrait pula, Xiaomi Mi Note 10 menghasilkan imej yang agak “soft” dan warna yang agak pudar manakala Iphone 11 Pro Max cemerlang dengan menghasilkan warna yang lebih natural terutamanya warna kulit.
Gambar 7
Bagi gambar sudut ultra lebar pula, kedua-dua peranti dilihat menghasilkan imej yang jelas dan kemas...perbezaannya hanyalah tona warna di mana tona warna Xiaomi Mi Note 10 lebih warm berbanding Iphone 11 Pro yang menghasilkan warna sejuk.
Gambar 8
Yang terakhir ialah dari segi zum...di sini sememangnya Xiaomi Mi Note 10 mempunyai kelebihan zum sebanyak 50x...jika dilihat pada imej 10x zoom xiaomi Mi Note 10 lebih jelas berbanding Iphone 11 Pro..namun perbezaannya hanyalah minimal.
Kesimpulannya, implementasi software dilihat amat penting. Pujian untuk Apple kali ini kerana fungsi Deep Fusion dilihat mampu bersaing dengan penta kamera yang digunakan oleh Mi Note 10. Tetapi, implementasi hardware juga penting untuk menghasilkan imej yang detail.
Oleh itu, keduanya harus seimbang dan dijangka siri Samsung S20 bakal hadir dengan lensa yang besar dan software yang cemerlang dan berkemungkinan ia akan diikuti oleh pengeluar peranti yang lain pada bulan ini.