Isu kelemahan keselamatan ingatan pada peranti Android didapati semakin menurun dari 223 isu kepada 85 sahaja.

Google menyatakan, penurunan itu adalah hasil daripada peralihan untuk tidak lagi menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tidak selamat.
Google memaklumkan, Android 13 ialah keluaran Android pertama yang terhasil daripada kemasukan majoriti kod pengaturcaraan baharu.
"Menggunakan Rust dalam Android membolehkan kami mengoptimumkan keselamatan dan kesihatan sistem". Google

Google mendedahkan dalam Android 13, terdapat kira-kira 21% daripada semua kod asli ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Rust (C/C++/Rust).
Dianggarkan sebanyak 1.5 juta baris keseluruhan kod Rust berada di dalam AOSP (Android Open Source Project) merentasi ciri dan komponen baharu seperti Keystore2, timbunan Ultra-wideband (UWB) baharu, DNS-over-HTTP3, Android Virtualization framework (AVF) dan pelbagai komponen serta kebergantungan sumber terbuka yang lain.
{suggest}
Hasil daripada itu, Google mendapati Rust memenuhi tujuannya bagi menghalang Android daripada terdedah kepada sumber kelemahan yang biasa dihadapinya.
"... menggunakan Rust telah menghalang beratus-ratus kelemahan daripada menjejaskan pelancaran akhir sistem Android." Google.
Google menyatakan, berhijrah dari bahasa C / C ++ adalah mencabar. Tetapi penggunaan Rust semakin meningkat dalam platform Android.
Google menjangkakan, apabila Android berhijrah dari bahasa C/C++ kepada Java/Kotlin/Rust, akan berlaku penurunan pada isu kelemahan keselamatan memori.
Sumber: Google Online Security Blog
Berkaitan
- Lebih Ramai Pembangun Meninggalkan Aplikasi Android Berbanding iOS - Penyelidik
- Perisian Hasad Sudah Berjaya Tembusi Ciri Keselamatan Baru Android 13
- Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome
- Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual
- Xiaomi 'Troll' Huawei Kerana Tiada Lagi Servis Google Pada Peranti Mereka
- Pengguna Aplikasi Pelayar Google Chrome Disaran Segera Mengemas Kini Aplikasi Tersebut
- Pengguna iPhone Lebih Cermat Memandu Berbanding Pengguna Android - Kajian
- Peralihan Pengguna iPhone Ke iOS 13 Sudah Mencapai 50%. Sementara Pengguna Android Pula Masih...
- Tetapan Penjimatan Tenaga Dan Memori Kini Tersedia Pada Pelayar Google Chrome
- Aplikasi Google Maps Kini Lebih Terperinci Dan Meriah Dengan Warna