Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Sebab Kenapa Apple Selalu Lambat Perkenalkan Ciri-Ciri Menarik Yang Android Sudah Ada

Data Sensitif Pengguna Android Didapati Boleh Diakses Aplikasi Pihak Ketiga

Diterbitkan Mei 4, 2021 ยท Dikemas kini Mei 4, 2021 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan data dari AppCencus baru-baru ini mendedahkan bahawa peranti-peranti pintar Android telah menyebabkan berlakunya kebocoran data sensitif penggunanya.

Menurut penyelidik itu, kebocoran data itu berlaku pada log data telefon Android yang didapati boleh diakses oleh sebahagian aplikasi pihak ketiga yang ditawarkan kepada pengguna Android.

Penyelidik itu menambah, walaupun tidak semua aplikasi pihak ketiga boleh mengakses sistem log data tersebut, tetapi Google ada membenarkan sebahagian pengilang perkakasan, penyedia rangkaian serta rakan kerjasama mereka untuk memasang aplikasi pihak ketiga terus ke dalam peranti Android dan membenarkan akses ke sistem log data peranti Android.

Data Sensitif Pengguna Android Didapati Boleh Diakses Aplikasi Pihak Ketiga
Contoh notifikasi dari peranti Xiaomi secara jelas menyatakan dalam sistem log mereka mungkin mengandungi data peribadi yang dikongsikan. Kredit: AppCencus

Sebagai contoh, penyelidik tersebut telah mengesan sebanyak 54 aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar Xiaomi Redmi Note 9 dibenarkan akses ke sistem log data peranti tersebut.

Malah penyelidik juga mengesan sebanyak 89 aplikasi di dalam peranti Samsung Galaxy A11 menerima trafik data privasi penggunanya.

Penemuan ini membolehkan penyelidik AppCencus dianugerahkan sebanyak USD198,600 oleh Jabatan Keselamatan Negara A.S (DHS).

Sumber: ZDnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY