Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
media sosial

Perancis Rancang Larang Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun Akses Media Sosial

Diterbitkan Januari 2, 2026 oleh ariff bukhari

Perancis akan membuat satu lagi usaha baharu untuk melindungi kanak-kanak daripada penggunaan skrin secara berlebihan dengan mencadangkan larangan akses media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menjelang September tahun ini, menurut draf undang-undang yang dilihat oleh AFP.

Inisiatif ini disokong oleh Presiden Emmanuel Macron, yang sebelum ini menyatakan bahawa parlimen perlu mula membahaskan cadangan tersebut pada Januari.

Bulan ini, Australia telah melaksanakan larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun, yang merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

“Banyak kajian dan laporan kini mengesahkan pelbagai risiko yang disebabkan oleh penggunaan skrin digital secara berlebihan dalam kalangan remaja,” menurut draf Perancis itu.

Kanak-kanak yang mempunyai akses internet tanpa kawalan terdedah kepada “kandungan tidak sesuai” serta berisiko menjadi mangsa gangguan siber atau mengalami perubahan corak tidur, kata kerajaan.

Draf undang-undang itu mengandungi dua artikel. Artikel pertama menjadikan “penyediaan perkhidmatan media sosial dalam talian oleh platform atas talian kepada kanak-kanak bawah 15 tahun” sebagai satu kesalahan.

Artikel kedua pula mencadangkan larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah menengah.

Macron menegaskan bahawa perlindungan digital kanak-kanak di bawah umur adalah keutamaan kerajaannya, namun isu penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang antarabangsa sering menjadi cabaran.

Larangan penggunaan telefon bimbit di prasekolah dan sekolah menengah rendah telah berkuat kuasa sejak 2018, namun jarang dikuatkuasakan.

Sementara itu, Perancis pernah berdepan dengan peraturan Kesatuan Eropah susulan undang-undang yang menetapkan “umur sah digital” pada 15 tahun yang diluluskan pada 2023, tetapi kemudiannya disekat.

Bulan ini, Dewan Negara Perancis menyokong inisiatif melindungi remaja daripada penggunaan skrin dan media sosial berlebihan, termasuk keperluan kebenaran ibu bapa bagi kanak-kanak berumur antara 13 hingga 16 tahun untuk mendaftar akaun media sosial.

Cadangan itu kini dikemukakan kepada Perhimpunan Kebangsaan untuk kelulusan sebelum boleh menjadi undang-undang. – AFP.

Berkaitan

  • Denmark Cadang Sekat Media Sosial Bagi Kanak-Kanak Bawah 15 Tahun
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • TikTok Juga Akur, Akaun Bawah 16 Tahun Akan Disekat Di Australia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY