Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Sekuriti Temui Kelemahan Pada Aplikasi SHAREit, Pengodam Boleh Akses Fail Pengguna

Penyelidik Sekuriti Temui Kelemahan Pada Aplikasi SHAREit, Pengodam Boleh Akses Fail Pengguna

Diterbitkan Februari 28, 2019 ยท Dikemas kini Februari 28, 2019 oleh Helmi Samsuri

Aplikasi SHAREit digunakan untuk memudahkan pengguna memindahkan data secara tanpa wayar.

Sudah dimuat turun lebih dari 500 juta kali dari Google PlayStore dan digunakan oleh 1.5 bilion pengguna pada pelbagai platform, aplikasi ini dilaporkan mempunyai kelemahan sekuriti, membolehkan pengodam mencuri fail pengguna.

Kumpulan penyelidik dari Red Force menyatakan kelemahan itu ditemukan sekitar Disember 2017 tetapi tidak didedahkan kepada umum untuk mengelakkan masalah lebih besar.

Pada awal Januari 2018, mereka beberapa kali cuba menghubungi pihak pembangun tetapi respon hanya diberikan pada Februari.

Difahamkan pembangun menyediakan tampalan (patch) baik pulih pada Mac 2018 secara senyap-senyap, tanpa sebarang pemberitahuan kepada umum. Pihak penyelidik juga tidak dimaklumkan versi tepat tampalan yang dibuat.

Kelemahan ini terdapat pada aplikasi SHAREit versi 4.0.38 dan bagi pengguna yang masih menggunakan versi ini, boleh mengemaskini kepada versi yang terbaru.

Sumber: Red Force via The HackerNews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY