Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dapatkan Kembali Data Yang Sudah Terpadam Pada Peranti Pintar

Penyelidik Menemui Kecacatan Kritikal Pada Sambungan Bluetooth Peranti Android

Diterbitkan Februari 8, 2020 · Dikemas kini Februari 8, 2020 oleh ariff bukhari

Pepijat Bluetooth pada peranti Android boleh menyebabkan ia dieksploitasi penggodam tanpa perlukan interaksi dari pengguna.

Penyelidik keselamatan peranti pintar bernama Jan Ruge dari Technische Universität Darmstadt, Secure Mobile Networking Lab mendedahkan penemuan pepijat pada sambungan Bluetooth peranti Android.

Pepijat Bluetooth itu dikategorikan sebagai kecacatan kritikal kerana ia boleh menyebabkan penggodam melakukan eksploitasi kod.

Ia sekaligus menyebabkan penggodam boleh menyebarkan perisian hasad dari peranti Android yang terjejas bagi menjangkiti peranti yang lain pula.

Penyelidik memaklumkan, peranti pintar yang terjejas adalah melibatkan peranti Android yang menggunakan sistem Android 8.0 hingga 9.0.

“On Android 8.0 to 9.0, a remote attacker within proximity can silently execute arbitrary code with the privileges of the Bluetooth daemon as long as Bluetooth is enabled. No user interaction is required and only the Bluetooth MAC address of the target devices has to be known“. Insinuator

Walaubagaimanapun penyelidik percaya, peranti pintar yang menggunakan sistem Android terdahulu dan versi terbaru Android 10 juga turut terkesan dengan isu pepijat ini.

Oleh itu, penyelidik menasihatkan pengguna peranti Android supaya segera menyemak kemas kini yang dilepaskan oleh pengeluar telefon pintar mereka. Jika ada, segeralah mengemas kini peranti Android tersebut.

Tetapi jika masih tiada, pengguna dinasihatkan supaya tidak mengaktifkan sambungan Bluetooth dan tetapkan sambungan tanpa wayar itu kepada ‘non-discoverable’ sementara menerima kemas kini bagi memperbetulkan isu ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY