Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Korea Selatan Cipta Tatu Yang Boleh Digunakan Untuk Pantau Kesihatan

Penyelidik Korea Selatan Cipta Tatu Yang Boleh Digunakan Untuk Pantau Kesihatan

Diterbitkan Ogos 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Penyelidik di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) berjaya membangunkan tatu elektronik berasaskan cecair logam. Tiub nano karbon (carbon nanotube) padanya pula berfungsi sebagai bioelektrod.

Jika disambungkan dengan elektrokardiogram (ECG) atau sensor lain, data seperti kadar jantung, glukos, laktat dan lain-lain dapat dipaparkan pada monitor.

Water sprays on arm are seen with an electronic tattoo (e-tattoo) for the wettability test at the Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) in Daejeon
Ujian kebolehbasahan (wettability) pada tatu.

“Pada masa akan datang, kami berharap dapat sambungkan cip tanpa wayar dengan dakwat tatu, jadi bolehlah kita berkomunikasi atau hantar dan terima isyarat antara badan dengan peranti luar,” kata Steve Park, salah seorang penyelidik terlibat.

Seandainya berjaya mencapai tujuan jangka masa panjang ini, maksudnya dengan hanya tatu ini, penduduk Korea Selatan kelak dapat memantau kesihatan dari jarak jauh serta menerima amaran jika ada risiko kesihatan.

Steve Park, Materials Science & Engineering professor at Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST), demonstrates an electronic tattoo (e-tattoo) on his arm connected with an electrocardiogram (ECG) monitoring system in Daejeon
Steve Park menunjukkan tatu yang disambungkan dengan ECG.

Dakwat tatu diperbuat daripada galium iaitu salah satu bahan digunakan dalam semikonduktor dan termometer. Platinum dengan nano tiub karbon pula membantu mengalirkan elektrik sambil memberikan ketahanan yang lebih lama.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY