Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kopi ransome

Penyelidik Keselamatan Cuba Menggodam Mesin Kopi Dan Hasilnya…

Diterbitkan September 28, 2020 · Dikemas kini September 28, 2020 oleh ariff bukhari

Perkembangan teknologi IoT (Internet of Things) memungkin segalanya kini tidak lagi mustahil dikawal hanya menerusi peranti pintar.

Seperti semua tahu, IoT adalah satu konsep di mana peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan dengan internet dan berlaku pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian.

Jadi, apabila semua peranti dihubungkan ia memberikan kesan baik dan juga buruk.

Kesan baikmya adalah semua peranti boleh diakses dan dikawal dengan mudah menerusi peranti pintar bagi melaksanakan sesuatu tugas.

Tetapi membelakangkan aspek ciri keselamatan menyebabkan IoT mudah dieksploitasi bagi penyalahgunaan seperti serangan siber.

Baru-baru ini, seorang penyelidik keselamatan telah cuba menggodam sebuah mesin pembuat kopi bagi menunjukkan betapa lemahnya ciri keselamatan pada sesebuah mesin yang disambungkan menerusi IoT.

“The weakened state of IoT security is due in large part to the fact that, nowadays, it is more convenient and cheap to place a processor inside a device which controls and orchestrates all hardware parts, motors, sensors, heating elements, etc. based on a short program called firmware. This solution is not only cheap, but has also one important property – it can be updated” Penyelidik keselamatan Avast, Martin Hron.

Penyelidik Keselamatan Cuba Menggodam Mesin Kopi Dan Hasilnya…
Sumber: Avast

Menerusi IoT, beliau telah berjaya menggodam mesin kopi dan melancarkan serangan dengan menghantar kod meragukan yang menyerupai serangan ransomware.

Sekaligus menjadikan mesin tersebut tidak boleh dioperasikan.

Ketika ini pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan mesin pintar yang menyokong IoT. Tetapi malangnya aspek ciri keselamatan tidak diambil berat oleh sebahagian besar pengeluar.

“…this case also demonstrates one of the most concerning issues with modern IoT devices: The lifespan of a typical fridge is 17 years, how long do you think vendors will support software for its smart functionality?” Penyelidik.

Penyelidik menyimpulkan bahawa sokongan kemas kini terhadap peranti pintar adalah amat penting bagi mengelakkan daripada berlakunya serangan seperti ini.

Walaubagaimanapun perkembangan pesat IoT dan kurangnya sokongan kemas kini dari pengeluar menyebabkan pengguna amat mudah terdedah kepada serangan siber.

“We live in a world where things talk to things, and where the number of smart things is slowly outnumbering the number of computers. These devices, for the most part, have no screen and can therefore mask malicious activities running in the background from their owners.” Penyelidik.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY