Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perisian Hasad Ini Tidak Boleh Dipadam Walaupun Factory Reset Dilakukan

Penyelidik Kesan Taktik Baru Cara Perisian Hasad “Keringkan” Duit Dari Peranti Android

Diterbitkan Julai 4, 2022 oleh ariff bukhari

Pasukan penyelidik keselamatan dari Microsoft 365 Defender mendedahkan penemuan taktik baru perisisan hasad di dalam telefon pintar Android menghabiskan wang penggunananya.

Penyelidik menjelaskan, perisian hasad yang dikenali sebagai Toll fraud itu adalah pecahan kategori daripada perisian hasad penipuan bayaran bil daripada langganan servis aplikasi premium yang tidak disedari penggunanya.

Menurut penyelidik, Toll fraud mempunyai tingkah laku unik yang kompleks menerusi serangan pelbagai peringkat.

Sebagai contoh, Toll fraud berupaya mensasarkan mangsanya berdasarkan servis rangkaian yang dilanggan mereka.

Toll fraud malah berupaya memaksa peranti Android beralih kepada servis rangkaian selular yang dilanggan walaupun sambungan Wi-Fi untuk peranti tersedia disambungkan.

Ia dilakukan apabila Toll fraud mengeksploitasi ciri WAP (wireless application protocol) yang digunakan dalam rangkaian selular.

Penyelidik Kesan Taktik Baru Cara Perisian Hasad “Keringkan” Duit Dari Peranti Android

Penyelidik menyatakan Toll fraud tersebar luas di luar Google Play Store. Jadi, pengguna Android dinasihatkan untuk tidak melakukan side-load (memasang aplikasi luar dari platfom sah) ke dalam peranti mereka.

Sumber: Microsoft Security Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY