Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyelidik Jepun Cipta Kaca Yang Boleh Pulih Dengan Sendirinya Apabila Retak

Penyelidik Jepun Cipta Kaca Yang Boleh Pulih Dengan Sendirinya Apabila Retak

Diterbitkan Disember 20, 2017 · Dikemas kini Disember 20, 2017 oleh Helmi Samsuri

Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik dari University of Tokyo menyatakan yang mereka telah berjaya membangunkan kaca yang mampu pulih dengan sendirinya apabila retak.

Kaca yang diperbuat daripada bahan yang dipanggil “Polyether-thioureas” itu didakwa mampu mengembalikan retak kepada keadaan asal dengan hanya ditekan menggunakan tangan walaupun pada suhu bilik.

Menarik tentang perkara ini adalah, pada awal penemuan ia ditemukan secara tidak sengaja oleh pelajar universiti, Yu Yanagisawa. Beliau menyediakan bahan terbabit untuk dijadikan gam. Apabila bahan itu dipotong, sisinya masih bercantum dan melalui tekanan selama 30 saat pada suhu 21′ darjah celcius ia mampu membentuk lembaran yang kuat.

Ia turut disusuli dengan beberapa jam eksperimen dan bahan terbabit berupaya kembali kepada kekuatan asalnya.

Sebelum ini, University of California turut mencadangkan bahan yang sama dalam membangunkan skrin bagi peranti mudah alih seperti telefon pintar. Penyelidik universiti itu menyatakan Polyether-thioureas mampu meregang 50 kali daripada saiz asal dan mampu pulih dengan sendiri dalam masa 24 jam.

Sekiranya penemuan kaca pulih sendiri ini mampu dikomersialkan, tidak mustahil pengeluar telefon pintar akan memanfaatkannya pada peranti keluaran mereka pada masa hadapan.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
  • ChatGPT Kini Boleh Akses iCloud Mail Dan Calendar
  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
©2026 WISER.MY