Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri AMD Ryzen 7000 – 4 CPU Ini Telah Disahkan Bakal Hadir

Penyelidik Google Keluarkan Alat Benarkan Pengguna ‘Jailbreak’ CPU AMD

Diterbitkan Mac 10, 2025 · Dikemas kini Mac 10, 2025 oleh ariff bukhari

Pasukan penyelidik Google dengan kerjasama AMD menemui kelemahan serius dalam pemproses berasaskan Zen.

Eksploit ini membolehkan pengguna dengan akses pentadbir tempatan menghantar kemas kini kod mikro tersendiri ke atas CPU AMD yang menggunakan arkitektur Zen 1 hingga Zen 4 untuk melakukan proses pecah sekat (jailbreak) terhadap CPU tersebut.

AMD telah mengeluarkan tampalan BIOS bagi menangani masalah ini selepas ia ditemui.

Walau bagaimanapun, CPU dengan BIOS yang tidak dikemas kini sebelum 17 Disember 2024 masih terdedah.

Kelemahan yang dinamakan “EntrySign” itu berpunca daripada kelemahan fungsi kriptografi yang digunakan AMD, membolehkan kod mikro tidak rasmi dihantar ke CPU.

Pasukan Google telah menerbitkan perincian teknikal eksploit ini, membolehkan sesiapa sahaja menguji kelemahan ini pada CPU mereka.

https://x.com/taviso/status/1897333770644336774

Jadi, kepada pengguna yang mempunyai CPU AMD dengan seni bina Zen1 hingga Zen 4 yang belum dikemas kini, anda bolehlah menggunakan kit alat yang dikelauarkan Google untuk cuba jailbreak pemproses itu sendiri dan berkongsi penemuan dan kes penggunaan dengan pasukan penyelidik tersebut.

Namun begitu, walaupun eksploit ini memerlukan akses tahap tinggi, pengguna digalakkan mengemas kini sistem BIOS PC mereka kepada versi terkini.

Berkaitan

  • MSI Lancar Barisan Papan Induk Baharu Dengan Ciri Terkini Untuk AMD Ryzen
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Kad Grafik AMD RX 9070 XT, 9070 Dilancar - Seni Bina RDNA 4, Teknologi FSR 4

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY