Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lithium-ion (1)

Penyelidik Berjaya Mengecas Bateri Lithium-Ion Sehingga 60% Kapasiti Kurang Dari 6 Minit

Diterbitkan Mei 3, 2022 oleh ariff bukhari

Sepasukan penyelidik yang mempunyai kaitan dengan pelbagai institusi China mendakwa mereka telah berjaya meningkatkan kepantasan mengecas bateri lithium-ion sehingga 60% hanya dalam masa 5.6 minit.

Kejayaan itu dicapai selepas penyelidik menambah salutan tembaga dan wayar nano pada anod bateri bagi menambah baik teknologi pengecasan pantas sedia ada.

Salutan material pada anod itu pula dibuat secara tersusun sekaligus menambah baik standad yang digunakan pada anod ketika ini iaitu penggunaan bahan grafit.

Malah pasukan penyelidik itu berjaya mengecas sehingga 80% kapasiti bateri hanya dalam masa 11.4 minit sahaja.

Walaubagaimanapun, penyelidik tidak menguji dengan mengecas bateri lithium-ion itu sehingga ke kapasiti 100% kerana ia tidak disyorkan untuk jenis bateri tersebut.

Penambahbaikan ini dijangka dapat menyelesaikan isu meningkatkan kelajuan pengecasan bateri lithium-ion yang berpunca penggunaan anod bateri yang ada ketika ini.

Ketika ini, teknologi pengecasan pantas bateri lithium-ion seperti yang digunakan oleh Tesla mengambil masa sehingga hampir 1 jam bagi mengecas bateri kereta elektrik mereka dari kapasiti 40% kepada 80%.

Sumber: techxplore.com, science.org

Baca juga:

  • 5G: Hanya Dua Syarikat Setuju Miliki Pegangan Dalam DNB Setakat Ini 
  • Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu 
  • Cara Lihat CCTV Lebuhraya PLUS, LPT Dan Lain-Lain 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY