Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penyekat Iklan Mungkin Akan Diharamkan – Mozilla

Penyekat Iklan Mungkin Akan Diharamkan – Mozilla

Diterbitkan Ogos 20, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 20, 2025 oleh ariff bukhari

Mahkamah Agung Persekutuan Jerman (BGH) telah menghidupkan semula kes undang-undang melibatkan Axel Springer dan pembangun Adblock Plus (Eyeo).

Kes ini berpunca daripada tuntutan undang-undang syarikat media dalam talian Axel Springer terhadap Eyeo, pembangun extension pelayar penyekat iklan Adblock Plus.

Kes ini berpusat pada dakwaan bahawa penggunaan penyekat iklan melanggar hak cipta dengan mengubah cara laman sesawang dipaparkan dalam pelayar, kerana HTML/CSS dianggap sebagai program komputer yang dilindungi.

Sebelum ini, mahkamah Hamburg telah menolak tuntutan ini, tetapi keputusan BGH telah berjaya membatalkan sebahagian penghakiman tersebut dan memulangkan kes untuk siasatan lanjut.

Jika dakwaan Springer diterima, ia bukan sahaja berisiko kepada pengharaman penyekat iklan di Jerman, malah boleh memberi kesan kepada pelbagai extension pelayar lain yang mengubah kandungan laman untuk tujuan seperti privasi atau kebolehcapaian.

Mozilla memberi amaran bahawa prosiding ini boleh mengambil masa beberapa tahun, namun ia berpotensi mengekang kebebasan pengguna serta menghadkan inovasi pembangun pelayar dan extension pelayar.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Log Masuk MyJPJ, MyBayar PDRM Nanti Hanya Guna MyDigital ID
  • HONOR MagicPad3, Tablet Prestasi Laptop Berharga RM2,999

Sumber: Bleeping Computer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY