Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penunggang Teksi Motosikal Indonesia Memprotes Tarif Bayaran Rendah Dalam Talian

Penunggang Teksi Motosikal Indonesia Memprotes Tarif Bayaran Rendah Dalam Talian

Diterbitkan April 24, 2018 oleh Wiser MY

Ratusan penunggang motosikal Grab dan Go-Jek semalam telah membuat protes aman di hadapan banggunan parlimen di ibu kota Jakarta. Rata-rata penunggang memakai jaket berwarna hijau yang dikaitkan dengan syarikat Grab dari Singapura dan Go-Jek yang diasaskan oleh rakyat mereka sendiri.

Mereka sebulat suara mahu peraturan mengenai syarikat e-hailing diperketatkan terutamanya berkenaan tambang yang dikenakan untuk penumpang perkhidmatan.

Dikhabarkan seramai 1,500 orang terlibat dalam protes tersebut yang sedikit sebanyak menganggu kelancaran trafik di kawasan banggunan parlimen.

Penunggang Teksi Motosikal Indonesia Memprotes Tarif Bayaran Rendah Dalam Talian

Syarikat seperti Grab dan Go-Jek terlibat dengan perang harga sesama mereka bagi menguasai pasaran di Indonesia, salah satu pasaran terbesar di Asia Tenggara. Syarikat-syarikat tersebut menawarkan harga yang murah kepada pelanggan mereka dan menawarkan pilihan pengangkutan seperti kereta, motorsikal dan sebagainya.

Menteri Pengangkutan Indonesia pada bulan lepas telah mengkasifikasikan syarikat seperti Grab dan Go-Jek sebagai syarikat pengangkutan dan bukannya syarikat teknologi. Itu bermakna perkhidmatan syarikat tersebut akan melalui proses yang sama seperti syarikat teksi dan bas yang lain, menyebabkan kenaikan tambang dan pemantauan yang berbeza.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY