Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengodam Curi Data Melalui Kerentanan Pada Microsoft Office Versi Lama

Pengodam Curi Data Melalui Kerentanan Pada Microsoft Office Versi Lama

Diterbitkan Julai 29, 2018 · Dikemas kini Julai 29, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali ditemui pada 2017 yang lalu, FELIXROOT kini dikhabarkan timbul menyerang perisian Microsoft Office versi lama.

Ditemukan oleh FireEye, perisian hasad tersebut menyerang kerentanan Office melalui  CVE-2017-0199 dan CVE-2017-11882 yang disebarkan melalui fail bernama “Seminar.rtf”.

Perisian terbabit dihantar melalui email kepada individu di Ukraine yang kononnya mengandungi informasi mengenai perlindungan alam sekitar.

Pengodam Curi Data Melalui Kerentanan Pada Microsoft Office Versi Lama

Menurut FireEye, FELIXROOT menggunakan Windows API untuk mendapatkan nama komputer, nama pengguna, nombor siri, nombor versi Windows, senibina pemproses, dan beberapa informasi lain.

Selesai mencuri data, ia akan berhenti dari beroperasi dan memadam segala jejak digital untuk mengelak dari dikesan pada komputer mangsa.

Microsoft sudahpun menawarkan kemaskini untuk merawat masalah ini pada tahun lalu. Tetapi sesetengah pihak tidak mengemaskini perisian mereka dan membolehkan FELIXROOT kembali menyerang.

Sumber: FireEye

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY