Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Makin Laku Di China, Jenama Telefon China Lain Semua Tenggelam

Pengilang Utama iPhone, iPad Dan MacBook Di Shanghai Dipaksa Memberhentikan Operasi

Diterbitkan April 14, 2022 ยท Dikemas kini April 14, 2022 oleh ariff bukhari

Beberapa pengilang untuk barisan produk utama Apple kini terpaksa menutup operasi mereka selepas Kerajaan China menutup Shanghai.

Penutupan itu dibuat sebagai langkah usaha kerajaan itu untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang kembali meningkat di Shanghai.

Kesan daripada penutupan itu, 2 pengilang utama Apple iaitu Pegatron dan Quanta yang berada di dalam wilayah tersebut terpaksa menutup operasi mereka buat sementara waktu ini.

Berdasarkan kepada laporan Nikkei Asia, Pegatron mengilangkan sekitar 20% hingga 30% pengeluaran iPhone.

Manakala Quanta pula yang merupakan pengilang terbesar dunia bagi komputer riba bagi pelbagai jenama termasuklah Dell, HP dan Apple MacBook.

Satu lagi pengilang produk Apple bagi pengeluaran iPad yang juga terletak di daerah tersebut iaitu Compal Electronics turut dilaporkan menghentikan operasi mereka bagi mematuhi arahan kerajaan China itu.

Sebelum ini telah dilaporkan tentang penutupan sementara operasi kilang di Wilayah Shenzen yang menjejaskan operasi Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL.

Sumber: Nikkei Asia

Baca juga:

  • China Dilaporkan Menutup Sementara Operasi Kilang, Foxconn, Huawei, Oppo Dan TCL Terjejas
  • 2 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Ini Dibatalkan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan
  • K-KOMM: Peruntukkan RM4 Billion Untuk Pemasangan Gentian Optik Di 4,000 Sekolah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY