Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengiklanan Rokok Elektronik Didapati Telah Meningkatkan Penggunaan Produk Nikotin DiKalangan Remaja

Pengiklanan Rokok Elektronik Didapati Telah Meningkatkan Penggunaan Produk Nikotin DiKalangan Remaja

Diterbitkan Mei 19, 2019 oleh ariff bukhari

Penemuan tersebut dibuat oleh Sekolah Perubatan, Universiti Stanford, California.

Satu penyelidikan berkaitan penggunaan rokok elektronik dan bahan nikotin dikalangan remaja telah dibuat oleh Sekolah Perubatan, Universiti Stanford, California.

Hasil daripada penyelidikan tersebut mendapati, remaja yang memiliki barangan bagi mempromosikan rokok elektronik dan alternatif lain kepada produk-produk tembakau berkemungkinan akan meningkatkan 2 kali ganda punca kepada orang muda untuk mencuba produk-produk tersebut.

Berbanding remaja yang tidak mempunyai bahan-bahan pemasaran berkaitan seperti itu.

Dapatan tersebut sekaligus menunjukkan betapa besarnya pengaruh bentuk pemasaran seperti ini terhadap remaja.

Data penyelidikan tersebut diperoleh daripada 757 remaja di California bagi sepanjang tahun lalu.

Walaupun pihak pengeluar mengatakan bahawa mereka tidak menyasarkan remaja dalam pemasaran produk-produk mereka, tetapi kebanyakkan remaja dilaporkan memiliki bahan-bahan promosi tersebut.

Malah penyelidik turut mendapati remaja-remaja tersebut dilaporkan telah menggunakan bahan alternatif tersebut sebagai ganti kepada produk tembakau.

Sekaligus menyebabkan pertambahan penggunaan produk-produk tersebut sebagai ancaman kepada puluhan tahun kerja keras yang diusahakan oleh pakar-pakar kesihatan awam bagi mengurangkan penggunaan tembakau dikalangan masyarakat.

Para pengkritik sebelum ini telah pun meningkatkan kebimbangan kesihatan awam ke atas penggunaan rokok elektronik dan alternatif rokok tembakau yanglain.

Walaupun agensi FDA telah mulai mengekang remaja daripada menggunakan produk-produk tersebut, prosesnya adalah agak lembab.

Kajian seperti ini yang pernah dibuat sebelum ini juga telah pun memberi amaran kepada pihak berkuasa bahawa setiap tahun, lebih ramai remaja didapati mula melakukan aktiviti vaping.

Sumber: Slash Gear

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY