Penghantaran iPhone 15 Pro Max Mungkin Ambil Masa Sebulan Biarpun Dah Tempah Awal

Lebih kurang 3 minggu lagi, Apple akan memperkenalkan siri iPhone 15 dan model Pro Max didakwa adalah yang pertama dengan sensor periskop. Manakala, pembelian akan dibuka dalam 4 minggu lagi.

Namun, terdapat penganalisis mendakwa iPhone 15 Pro Max terpaksa ditangguhkan penghantarannya hingga ke bulan Oktober nanti. Hal ini demikian kerana isu bekalan sensor kamera yang diperlukan oleh model Pro Max itu.

iPhone 15 Pro Max periscope lens | Sony assembly

Mengikut pembekalnya Sony, mereka tidak dapat memenuhi permintaan sensor kamera yang digunakan peranti itu tepat pada masanya dengan model-model baharu yang lain.

Pembaharuan Terbesar Dalam Kamera Siri iPhone 15


Untuk pengetahuan anda, model Pro Max mampu menghasilkan kualiti zum optikal yang lebih baik menerusi sensor kamera periskop Sony itu.

Tapi sayang sekali kerana sumber mengatakan iPhone 15 Pro tidak menerima peningkatan tersebut. Sementara itu, model bukan Pro pula hanya menawarkan sensor lebar dan ultra-lebar sahaja.

Tarikh Pelancaran Siri iPhone 15




Pengumuman siri iPhone 15 berkemungkinan besar berlaku pada 13 September ini dan pembelian boleh dibuat seminggu selepas itu.

Tetapi, dalam konteks Pro Max ini, penghantaran mungkin akan ditangguhkan hingga 6 atau 13 Oktober nanti.

Siri iPhone 15 dijangka tawar pelbagai pembaharuan seperti bingkai titanium, cip 3nm, bezel yang nipis, port USB Type-C dan banyak lagi yang boleh anda baca di artikel ini.
Beli Peranti Apple di Shopee: https://invl.io/cljgajt


Beli Peranti Apple di Lazada: https://invol.co/cljgak7


{suggest}


Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: Notebookcheck