Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Korea

Penggunaan Spektrum, Frekuensi Berbeza Dikaji Atasi Isu Liputan Internet Dalam Bangunan – Fahmi

Diterbitkan September 30, 2024 · Dikemas kini September 30, 2024 oleh Amalina Athman

Malaysia akan mengkaji penggunaan spektrum dan frekuensi yang berbeza seperti digunakan di Korea Selatan bagi mengatasi masalah liputan internet dalam bangunan (In-Building-Coverage).

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata keberkesanan kaedah itu telah dibuktikan di Korea Selatan yang turut menghadapi masalah sama sebelum ini.

Mereka memaklumkan penyelesaian yang melibatkan satu frekuensi, satu spektrum, jadi saya minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) teliti dapatan dan pandangan daripada pihak LG U+. Sekiranya sesuai dan boleh dimanfaatkan di Malaysia, kita akan usahakan “proof-of-concept”.

Terdahulu, Fahmi mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Eksekutif LG U+ Johan Sue-hyun Chung dan pegawai kanan syarikat telekomunikasi itu, serta mendengar taklimat berhubung status liputan rangkaian 5G di Korea Selatan.

Fahmi turut diberi taklimat mengenai aplikasi kecerdasaan buatan (AI) yang dibangunkan LG U+ untuk membantu pengguna menjawab panggilan telefon, selain mengesan sekiranya panggilan tersebut mempunyai unsur-unsur penipuan (scam).

Saya baru saja menerima taklimat daripada pihak LG U+ berkait penggunaan spektrum dan frekuensi yang berbeza seperti digunakan di Korea Selatan bagi mengatasi masalah liputan internet dalam bangunan (In-Building-Coverage).

Keberkesanan kaedah tersebut telah dibuktikan di Korea… pic.twitter.com/Mm94z1MYHo

— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) September 30, 2024

Dalam pada itu, Fahmi meminta pihak Telekom Malaysia (TM) dan LG U+ melihat potensi kerjasama bagi pelaksanaan 5G, khususnya untuk syarikat tempatan dalam sektor perindustrian dan perusahaan.

Berkaitan

  • MCMC Perlu Kerjasama JMB Untuk Selesaikan Isu Kualiti Perkhidmatan Dalam Bangunan - Fahmi
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • MCMC, KPT Akan Segera Selesaikan Isu Capaian Internet Di Beberapa Kampus IPTA - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY