Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
grok x

Pengguna X, Cepat Buat Langkah Ini Untuk Selamatkan Data Daripada AI Buatan Elon Musk

Diterbitkan Oktober 21, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

Jika anda pengguna X (dulunya dikenali sebagai Twitter), anda pasti terbiasa dengan nama Grok, bukan? Setidak-tidaknya, saya percaya anda pernah menekan tab Grok secara tidak sengaja.

Apa itu Grok? Senang kata Grok ialah ChatGPT versi buatan Elon Musk namun hanya diberikan akses kepada pengguna berbayar. Ia dikuasakan kecerdasan buatan (AI) dan boleh membalas pertanyaan anda secara langsung dan pantas, sama seperti ChatGPT.

grok guna data pengguna

Tapi, seperti ChatGPT juga, ia mengambil, soalan dan respons anda sebagai bahan untuk memandaikan dirinya. Namun, lebih parah, Grok juga menggunakan kiriman (post) anda di X untuk dianalisis.

Jadi, jika anda tidak mahu Grok menggunakan data anda, ikut cara di bawah.

Hentikan Grok daripada menggunakan data anda

  1. Masuk ke dalam aplikasi X.
  2. Masuk ke ‘Settings and Support’.
  3. Tekan ‘Settings and Privacy’.
  4. Tekan ‘Privacy and Safety’.
  5. Tatal ke bawah, tekan ‘Grok’.
  6. Matikan ‘Allow your posts as well as your interactions, inputs, and results with Grok to be used for training and fine-tuning’.
  7. Tekan ‘Delete conversation history’.
stop grok twitter
stop grok twitter
stop grok twitter
stop grok twitter

Selesai.

Tuan puan, sentiasalah ingatkan diri dengan pujangga moden, “Jika anda menggunakan sesuatu produk secara percuma, andalah produk” kerana dalam era yang serba-serbi digital ini, semua syarikat mahukan data anda.

Jika anda tidak tahu, ChatGPT juga menggunakan mengambil kesempatan menggunakan input daripada pengguna untuk menambah baik dirinya.

Ya, dalam keseronokan kita menggunakan versi percuma dan memuji-memuji kehebatannya, ia bukanlah percuma. Kesenangan itu dibayar dengan data seperti soalan, jawapan dan semua respons serta input yang anda masukkan.

Alat-alat AI seperti ChatGPT, Grok, Gemini, Copilot, Midjourney dan lain-lain secara asasnya menambah pengetahuan untuk menjadi chatbot AI yang lebih baik berdasarkan apa yang kita masukkan ke dalamnya.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Tambang Bas Percuma Untuk Mahasiswa Seluruh Negara Dengan BAS.MY
  • STR Fasa 4 Akan Disalur Bermula 7 November Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY