Pengguna Windows 10 Berang Dengan Kemas Kini Terbaru Dari Microsoft

Sekali lagi kemas kini Windows 10 menyebabkan masalah kepada penggunanya.


Nampaknya kemas kini Windows 10 yang dilepaskan Microsoft baru-baru ini sekali lagi telah menybabkan pengguna mereka berdepan kesukaran kritikal apabila menggunakan komputer mereka.

Secara khususnya, kemas kini kumulatif KB4517389 yang dilepaskan Microsoft minggu lalu telah menyebabkan fungsi butang menu Start Windows 10 tidak dapat diaktifkan.

Tidak setakat itu, pengguna juga melaporkan pelayar Edge juga kini turut tidak boleh dilancarkan.

"I can confirm that. Besides, Edge does not work anymore. It does not start anymore. Internet Explorer starts and runs. I´ve i deinstall update KB4517389 everythink works as before. Apart from VMware 14, which does not work anymore, too."

Kapsyen: Kotak dialog yang diapaparkan apabila pengguan cuba mengaktifkan menu Start. Kredit: Bleeping Computer.


Bagi sebahagian pengguna, membuang kemas kini tersebut akan dapat menyelesaikan isu ini. Tetapi bagi sebahagian pengguna pula melaporkan isu sama masih kekal dihadapi mereka.

Microsoft memaklumkan kemas kini kumulatif KB4517389 adalah bagi menambah baik ciri keselamatan aplikasi pelayar Internet Explorer dan Microsoft Edge, pengesahan nama dan kata laluan pengguna serta ciri pengurusan dan penyimpanan fail-fail sistem Windows 10.

Setakat ini belum ada respon dari pihak microsoft berkenaan aduan terbaru yang diterima dari para pengguna mereka.

Sumber: Bleeping Computer