Ikuti kami di media sosial

Berita

Microsoft Melepaskan Kemas Kini Kumulatif KB4517389 Bagi Pengguna Windows 10 v1903

ariff bukhari

Ditulis

pada

Juga kemas kini bagi menambah baik ciri keselamatan Windows 10.

Microsoft hari ini telah melepaskan kemas kini terbaru bagi pengguna Windwos 10 v1903. Terdapat 3 kemas kini penting yang dilepaskan iaitu kemas kini bagi ciri keselamtan terbina dalam Windows Defender Antivirus, Microsoft Software Removal Tool dan kemas kini kumulatif KB4517389 (OS Build 18362.418).

Apa yang ingin difokuskan di sini adalah terhadap kemas kini kumulatif KB4517389.

Microsoft menyatakan, kandungan kemas kini tersebut menambah baik ciri keselamatan bagi aplikasi pelayar Internet Explorer dan Microsoft Edge, pengesahan nama dan kata laluan pengguna serta ciri pengurusan dan penyimpanan fail-fail sistem Windows 10.

Walaubagaimanapun, pihak Microsoft tidak menyatakan sama ada mereka telah membaik pulih isu yang dihadapai oleh pengguna mereka selepas mengemas kini Windows 10 mereka dengan memasang fail  kemas kini kumulatif Windows 10 KB4524147 yang dilepaskan Microsoft pada 3 Oktober lalu.

Setakat ini, tiada sebarang isu dilaporkan oleh pengguna Windows 10 v1903 selepas memasang fail  kemas kini kumulatif Windows 10 KB4517389 yang dilepaskan Microsoft hari ini.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular