Pengguna Telco Maxis Mengalami Gangguan Servis Data Selama Sejam

Reading Time: 1 minute

Pengguna Maxis khususnya di Lembah Kelang telah mengalami gangguan servis data mereka sebentar tadi selama sejam. Gangguan dipercayai bermula dari pukul 12 pagi sehingga pukul 1 telah mengakibatkan akses data pengguna tidak dapat dicapai. Sementara itu laman rasmi Facebook Maxis dihujani aduan oleh pengguna mereka di atas gangguan yang berlaku sebentar tadi.

Maxis antara penyedia perkhidmata telco yang stabil di Malaysia tanpa ada sebarang masalah besar melanda rangkaian mereka. Pihak Maxis masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai gangguan yang dialami pengguna. Tidak dapat dipastikan samada masalah gangguan ini melibatkan pengguna di lembah kelang atau semenanjung malaysia malah lebih teruk, seluruh Malaysia.

*kemaskini

Pihak Maxis melalui akaun rasmi Facebook mereka telah mengeluarkan notis gangguan untuk sesetengah kawasan di Malaysia. Pihak mereka sedang sedaya upaya cuba memulihkan sambungan rangkaian kepada pelanggan mereka.