Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pixel 4.

Pengguna Pixel Mungkin Tidak Sedar Peranti Mereka Terima Ciri Yang Dapat Memanjangkan Hayat Bateri

Diterbitkan Julai 15, 2021 oleh ariff bukhari

Jika anda adalah pengguna telefon pintar Pixel dari Google, anda mungkin tidak sedar yang peranti itu telah terima ciri yang membolehkan bateri peranti itu dipanjangkan hayatnya.

Ciri yang dimaksudkan di sini adalah ciri pembatalan pengecasan bateri apabila kapasiti bateri itu mencapai sehingga 80%.

Jadi, apabila kapasiti bateri Pixel mencapai tahap 80%, sistem pengecasan peranti itu secara automatik akan berhenti dari terus mengecas bateri peranti Pixel.

Walaubagaimanapun, ciri itu hanya akan aktif dalam kondisi tertentu.

Dalam laman muka Pixel Phone Help ada menyatakan ciri tersebut.

To help preserve battery health, your phone automatically limits charging to about 80% under certain conditions:

  • Continuous charge under high battery drain conditions, like game play.
  • Continuous charge for 4 days or more.

When this feature is on, a notification that says “Optimizing for battery health” appears on the “Always On Display” and in the Settings app under “Battery.”

Cuma tidak pasti bilakah ciri itu mula dimuatkan dalam peranti Pixel. Tetapi Google mungkin memuatkan ciri tersebut sekitar bulan April atau Mei lalu.

Model Pixel yang menyokong ciri tersebut adalah bermula dari model Pixel 3 dan terbaru.

Sedikit lecehnya adalah Google tidak menawarkan antaramuka tetapan bagi mengawal ciri tersebut.

Berdasarkan kepada perkongsian pengguna di laman Reddit, bagi membatalkan ciri sekatan pengecasan bateri sehingga 80% itu, pengguna Pixel hanya perlu restart peranti mereka.

Atau Google menyatakan pengguna Pixel perlu menunggu sekitar 10 minit selepas peranti Pixel ditanggalkan dari pengecasnya.

Sumber: Reddit, XDA Developers, Pixel Phone Help

Baca juga – Ini Mungkin Spesifikasi Penuh Google Pixel 6 Dan Pixel 6 Pro

Baca juga – iPhone 12 Pro Max Tewas, Ini Skor Grafik Cip Exynos Dengan GPU AMD

Baca juga – Takut Dengan Galaxy Store, Google Dilapor Guna Taktik ‘Kotor’ Untuk Terus Monopoli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY