Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Peranti Huawei Adu Iklan Muncul Pada Paparan Lockscreen, Ini Cara Untuk Matikannya

Pengguna Peranti Huawei Adu Iklan Muncul Pada Paparan Lockscreen, Ini Cara Untuk Matikannya

Diterbitkan Jun 14, 2019 · Dikemas kini Jun 14, 2019 oleh Haikel Areff

Pencabar terdekat Huawei iaitu Xiaomi, meneruskan usaha mengoptimumkan pada aktiviti pengiklanan dalam sistem operasi mereka oleh pasukan pembangun MIUI dari Xiaomi sendiri dengan mengurangkan bilangan dan algoritma iklan supaya tidak ‘merimaskan’ pengguna dengan munculan iklan yang tidak sepatutnya.

Huawei patut memandang perkara ini sebagai sesuatu yang perlu dititikberatkan, sesetengah pengguna peranti Huawei melaporkan terdapat munculan iklan pada paparan kekunci skrin, iklan yang datang dari aplikasi yang tersedia pasang, Booking, iaitu aplikasi sesawang pelancongan terkenal.

Pengguna Peranti Huawei Adu Iklan Muncul Pada Paparan Lockscreen, Ini Cara Untuk Matikannya

Aplikasi ini sebahagian dari aplikasi-aplikasi yang sedia terpasang dalam peranti-peranti dari Huawei atas alasan dari perjanjian pengiklanan antara pengeluar dan pengasas.

Tetapi ia tidak pasti bagaimana iklan ini ‘terlepas’ dari pandangan Huawei atau terdapat sesuatu yang tidak diutarakan tentang isu ini yang dimana mungkin mendatangkan perasaaan tidak selesa bagi sesetengah pengguna.

Pengguna Peranti Huawei Adu Iklan Muncul Pada Paparan Lockscreen, Ini Cara Untuk Matikannya

Pengguna di Malaysia dilihat turut mengalami perkara ini dengan aduan dari beberapa pengguna mengatakan terdapat beberapa iklan tidak sepatutnya muncul di dalam paparan kekunci skrin. Mengikut aduan yang dibuat pada  Forum Lowyat, iklan-iklan ini mungkin datang dari aplikasi-aplikasi yang sudah dipasang pada peranti.

Alternatif bagi masalah ini, pengguna boleh pergi Settings > Home screen & wallpaper > Magazine unlock dan mematikan fungsi ini dari dikemaskini secara automatik atau pengguna menggunakan gambaran latar belakang sendiri pada paparan kekunci skrin.

Pengguna Peranti Huawei Adu Iklan Muncul Pada Paparan Lockscreen, Ini Cara Untuk Matikannya

Selain itu, dalam penambahbaikan dari pihak Huawei, mereka dikatakan sedia mengeluarkan operasi sistem mereka sendiri selepas isu dengan Amerika Syarikat sudah berlalu selama dua bulan. Tetapi ia masih lagi dalam keadaan tanda tanya kerana terdapat satu operasi sistem yang digelar sebagai Aurora OS yang dikaitkan juga sebagai operasi sandaran pada keluaran model mereka akan datang.

Baca juga – Huawei Dikatakan Sudah Memfailkan Tanda Dagang “HongMeng OS” Di Malaysia

Sumber: Giz China, Lowyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY