Aurora OS Pilihan Sistem Operasi Alternatif Bagi Huawei



Seperti yang dilaporkan sebelum ini, syarikat pengeluar peranti mudah alih terbesar dari China, Huawei akan menggunakan pelan sandaran mereka (HongMeng OS) sebagai pengganti Android akibat dari 'kemelut yang melanda diantara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat.

Mengutip laporan dari Giz China, sumber dari Rusia mengatakan terdapat satu operasi sistem yang sedang diuji keatas beberapa model peranti Huawei yang digelar sebagai Aurora OS.

Aurora OS adalah hasil versi yang diubahsuai dari Sailfish OS menggunakan asas Linux yang direka oleh Jolla, sebuah syarikat berpengkalan di Finland. Laporan mengatakan aplikasi-aplikasi dari Android stabil dan sesuai digunakan di dalam sistem operasi Aurora ini.

Pihak Huawei mungkin sedang memikirkan alternatif lain selepas mengatakan bakal menggunakan sistem operasi mereka sendiri, tetapi Hong Meng OS atau Ark OS dikatakan belum sesuai digunakan keatas aplikasi-aplikasi yang menggunakan bahasa program yang berasaskan Linux.

Pengerusi Huawei mengatakan perbincangan mungkin berlaku antara kedua pihak (Rusia) sekaligus mungkin akan merapatkan hubungan perdagangan memandangkan Huawei turut mengeluarkan cip pemprosesan dan perisian.

 

Sumber: Giz China