Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mobile gaming

Pengguna Kurang Berbelanja Untuk Permainan Mudah Alih Pada Tahun Lepas – Kajian

Diterbitkan Januari 12, 2023 ยท Dikemas kini Januari 12, 2023 oleh ariff bukhari

Pakar analisis data dari Data.ai, Lexi Sydow ketika bercakap kepada CNBC memberitahu, perbelanjaan ke atas permainan mudah alih oleh pengguna global telah merosot pada tahun 2022 lepas.

Menurut Data.ai, keadaan itu berlaku kerana pengguna lebih berjimat cermat dalam berbelanja sebagai tindak balas kepada peningkatan inflasi.

Dalam laporan mereka bertajuk “State of Mobile 2023“, perbelanjaan permainan mudah alih menurun sebanyak 5% secara global pada 2022 kepada hampir $110 bilion.

Berdasarkan trend penurunan itu, Data.ai menjangkakan perbelanjaan aplikasi global untuk permainan secara khusus akan turun 3% lagi kepada $107 bilion tahun ini akibat penurunan pendapatan pengguna dan perubahan kepada privasi.

game trend 2023
Genre permainan mudah alih paling popular yang dimuat turun pengguna pada tahun 2022.

Tetapi keadaan ini berbeza terhadap aplikasi bukan permainan di mana ia didapati lebih berdaya tahan pada tahun 2022.

Menurut penyelidikan Data.ai, nilai pembelian dalam aplikasi sedemikian meningkat sebanyak 6% tahun ke tahun kepada $58 bilion.

Pertumbuhan itu didorong terutamanya dalam bentuk langganan dan pembelian dalam aplikasi dalam platform penstriman, aplikasi temu janji dan perkhidmatan video pendek seperti TikTok.

Berkaitan

  • Semua Model Siri iPhone 15 Mungkin Akan Sokong Ciri Dynamic Island
  • Apple Pay Malaysia Sudah Mula Menyokong Bank HSBC
  • Pasport Malaysia Di Tangga Ke-14 'Paling Berkuasa' Di Dunia

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY