Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
App Store Apple_Engadget

Pengguna iPhone Di Eropah Akan Boleh Buang App Store Dan Aplikasi Utama Lain

Diterbitkan Ogos 23, 2024 oleh ariff bukhari

Apple memberitahu para pembangun bahawa pengguna iPhone dan iPad di Kesatuan Eropah (EU) akan dibenarkan memadamkan App Store atau pelayar Safari.

Perubahan itu berlaku apabila Apple terpaksa melonggarkan cengkamannya pada peranti di EU kerana peraturan digital baharu di rantau itu.

“App Store, aplikasi Messages, Camera, Photos, dan Safari akan boleh dipadamkan untuk pengguna di EU,” kata Apple pada halaman sokongan untuk pembangun.

“Hanya Tetapan dan Telefon tidak akan boleh dihapuskan.”

Turut ditambah ialah bahagian khas di mana pengguna iPhone atau iPad akan dapat mengurus tetapan lalai (default) untuk pelayar, pemesejan, panggilan telefon dan ciri lain.

Pembangun aplikasi sebelum ini perlu menggunakan sistem pembayaran Apple di App Store, dengan firma teknologi itu mendapat sebahagian daripada transaksi.

Tetapi EU berkata syarat itu menghalang pembangun daripada mengarahkan pengguna secara bebas kepada cara alternatif untuk membayar, menjadikan Apple firma teknologi pertama yang menghadapi tuduhan melanggar Akta Pasaran Digital (DMA).

Apple bukan satu-satunya syarikat yang disasarkan oleh DMA. Induk Google Alphabet, Amazon, Meta, Microsoft dan pemilik TikTok ByteDance juga mesti mematuhi.

DMA menetapkan perkara yang boleh dan tidak boleh syarikat-syarikat gergasi teknologi ini lakukan dalam usaha untuk meningkatkan persaingan dalam bidang digital.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Apple Buang WhatsApp, Threads Dari App Store Di China
  • 3 Emulator Permainan Retro Popular Yang Tersedia Di App Store
  • Kena Cepat, Anda Boleh Jimat Sehingga RM800 Kalau Beli Siri iPhone 15 Di Kedai Ini

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY