Pengguna Iphone Kini Boleh Menikmati Penyimpanan Gambar Tanpa Had Dengan Kualiti Asal Di Google Photos

Google Pixel sememangnya terkenal dengan keupayaan kameranya yang boleh dikatakan seakan mini DSLR bagi telefon pintar. Antara keistimewaan lain pada peranti keluaran Google ini ialah para penggunanya boleh menyimpan gambar di dalam aplikasi Google Photos dengan kualiti asal tanpa limit. Namun begitu, Google telah mengumumkan bahawa peranti terbarunya iaitu Google Pixel 4 tidak mempunyai penyimpanan gambar kualiti asal tanpa limit di Google Photos.



Berita baik buat para pengguna Iphone apabila menurut satu laman teknologi 9To5Mac, apabila mereka boleh menyimpan gambar dengan kualiti asal pada aplikasi Google Photos tanpa limit kerana aplikasi itu mengalami masalah "format loophole" iaitu tidak dapat mengurangkan kualiti gambar format HEVC.

Menurut salah seorang pengguna Reddit iaitu stephenvsawyer, para pengguna Iphone yang menggunakkan gambar dengan format HEIC/HEVC boleh menikmati penyimpanan gambar dengan kualiti asal tanpa limit kerana jika Google ingin mengurangkan saiz gambar berkenaan, saiz gambar tersebut akan meningkat.

Namun begitu, para pengguna Iphone perlu menukar format gambar terlebih dahulu di dalam Setting > Camera > Formats dan menetapkan imej pada kualiti "high efficiency" dengan format HEIF/HEVC.



Bagi video pula, Google Photos hanya mampu menyimpan video dengan kualiti 1080p sahaja dan tidak berlaku sebarang loophole kepada penyimpanan video. Setakat ini juga belum ada lagi cara untuk menyimpan gambar dengan kualiti asal tanpa limit bagi pengguna Google Pixel 4 dan gambar pada peranti tersebut tidak boleh disimpan dalam format HEIC/HEVC seperti Iphone.

Oleh itu, ia merupakan satu berita gembira buat para pengguna Iphone terutamanya yang mempunyai storan yang kecil seperti 32GB dan 64GB kerana kini, anda boleh menjimatkan ruang peranti dengan menyimpan pada aplikasi Google Photos.

Sumber : 9TO5Mac