Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Dinasihatkan Tidak Memasang 8 ‘Extension’ Yang Ditawarkan Pada Pelayar Chrome Dan Firefox

Pengguna Dinasihatkan Tidak Memasang 8 ‘Extension’ Yang Ditawarkan Pada Pelayar Chrome Dan Firefox

Diterbitkan Julai 20, 2019 · Dikemas kini Julai 20, 2019 oleh ariff bukhari

Jika ada memasangnya, anda disyorkan supaya segera membuangnya dari pelayar tersebut.

Penyelidik keselamatan siber bernama Sam Jidali telah mendedahkan penemuan beliau terhadap kebocoran dan kecurian data yang berlaku berpunca daripada ‘extension‘ yang dipasang oleh pengguna ke dalam aplikasi pelayar Chrome dan Firefox.

Dalam laporannya yang bertajuk ‘DataSpii: The catastrophic data leak via browser extensions‘, menyatakan bahawa berjuta data pengguna individu dan info privasi dari 45 buah syarikat telah terdedah akibat daripada penggunaan extension yang dipasang penggunanya ke dalam aplikasi pelayar Google Chrome dan Firefox.

Secara khususnya, mereka mengesan sebanyak 8 ‘extension’  yang disenaraikan di sini sebagai penyebabkan kebocoran data-data pengguna dari pelayar:-

Pengguna Dinasihatkan Tidak Memasang 8 ‘Extension’ Yang Ditawarkan Pada Pelayar Chrome Dan Firefox
Kredit: Dataspii.com

8 ‘extension‘ ini didapati telah mengumpul dan menyebarkan data-data privasi pengguna ketika mereka sedang melayari internet menerusi pelayar Chrome dan Firefox.

Data-data privasi yang dibocorkan termasuklah nama pekerja, alamat, info kad kredit, kata laluan, nombor PIN, fail yang disimpan di  dalam storan awan, data kesihatan dan banyak lagi.

Susulan daripada penemuan itu, Jidali telah segera melaporkannya pada pihak pembangun pelayar Chrome dan Mozilla dan mereka telah segera bertindak dengan mematikan dan membuang 8 extension yang ditawarkan itu dari laman Firefox Add-ons dan Chrome Web Store.

Pengguna Dinasihatkan Tidak Memasang 8 ‘Extension’ Yang Ditawarkan Pada Pelayar Chrome Dan Firefox
Rajah proses pengumpulan dan penyebaran data yang dibuat oleh extension tersebut. Kredit: Dataspii.com

Walaubagaimanapun, berdasarkan pemerhatian berterusan yang dilakukan, Jidali masih mendapati extension tersebut masih terus mengumpul dan menyebarkan data penggunanya.

Oleh itu, jika anda masih menggunakan extension tersebut, anda dinasihatkan supaya segera membuangnya dari pelayar Chrome atau Firefox. Ini kerana hanya itulah sahaja cara bagi menangani masalah kebocoran data-data anda dari pelayar tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY