Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
claude fable 5.2

Pengguna Claude Pro Boleh Guna Fable 5.2 Tanpa Caj Tambahan Sehingga 17 November

Diterbitkan November 11, 2026 oleh Amsyar Latif

Pengguna Claude Pro dan seat standard pelan Team kini boleh menggunakan model Claude Fable tanpa caj tambahan sehingga 16 November 2026, jam 11:59 malam waktu Pasifik, iaitu 17 November jam 3:59 petang waktu Malaysia.

Anthropic mengumumkan promosi ini sempena pelancaran Claude Fable 5.2 dan Claude Mythos 5.2 pada 9 November lalu. Menurut Anthropic, akses tersebut merangkumi semua model Fable, iaitu Fable 5, Fable 5.1 dan Fable 5.2.

Dalam tempoh promosi, penggunaan Fable dikira dalam had mingguan pelan sedia ada, dengan siling sehingga 50% daripada had tersebut. Di luar tempoh promosi, pengguna Pro dan seat standard Team perlu menggunakan usage credits untuk mengakses Fable.

Pengguna yang layak turut menerima satu Fable limit reset. Reset ini mengembalikan penggunaan yang telah dihabiskan pada model Fable dalam had mingguan dan mengisi semula sepenuhnya had lima jam. Bagaimanapun, ia tidak menaikkan had penggunaan.

Reset boleh dituntut melalui Settings > Usage dengan memilih “Reset for free” di bahagian Limit resets. Ia perlu diaktifkan secara manual dan akan luput serentak dengan tamatnya promosi.

claude reset

Reset hanya diberikan kepada akaun yang sudah mempunyai bil berbayar sebelum 9 November 2026, jam 10 pagi waktu Pasifik (10 November, jam 2 pagi waktu Malaysia). Pengguna pelan percuma Claude tidak layak untuk promosi ini.

Anthropic turut mengingatkan bahawa model Fable menghabiskan had penggunaan lebih cepat berbanding model Claude lain.

Bagi pelan Max, Ultra dan seat premium Team, Anthropic menawarkan satu hingga tiga reset bergantung pada tempoh langganan. Reset ini boleh digunakan sehingga 8 Mac 2027.

Selepas promosi tamat, Fable akan kembali menggunakan usage credits bagi pelan Pro dan seat standard Team. Baki peruntukan yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke hadapan.

Claude Fable 5.2 merupakan model Anthropic paling berkeupayaan untuk tugasan teknikal yang tersedia secara umum. Syarikat mendakwa ia menjana output sehingga 30% lebih pantas berbanding Fable 5.1, dengan peningkatan dalam pengekodan, penaakulan dan vision.

Mythos 5.2 menggunakan model asas yang sama tetapi dengan kawalan keselamatan lebih longgar, dan hanya ditawarkan kepada organisasi yang disaring.

Berkaitan

  • Claude Duet Boleh Terus Buat Kerja Walaupun Komputer Dimatikan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Samsung Lancar SSD Mudah Alih Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM1,170 Hingga RM9,300
  • Claude Kini Ada Sheets Dan Whiteboards, Anthropic Bersaing Dengan Microsoft Dan Google
  • Nvidia Dan Jensen Huang Kini Berdepan Saman Selepas Isu Hubungan Sulit
  • Infinix Lancar Komputer Riba Pertamanya Di Malaysia, XBOOK 14 Neo Bermula RM2,199
  • PROTON Perkenal Teknologi Pacuan Hibrid Pintar Baharu, i-HEV
  • Terlupa Kata Laluan MyDigital ID? Kini Boleh Tetapkan Semula Tanpa Batal Sijil Digital
  • Lori Bawa Kargo Milik NVIDIA Bernilai ~RM46 Juta Dilaporkan Hilang
©2026 WISER.MY