Play Protect didapati hanya mampu menyekat 1/3 perisian hasad sahaja.
Penyelidik dari AVTest telah menjalankan ujian terhadap 17 aplikasi keselamatan peranti Android. Daripada hasil ujian itu mereka mendapati, kesemua aplikasi alternatif dari pihak ketiga itu mampu meningkatkan lagi keselamatan peranti Android.
Ini kerana, dalam ujian itu mereka mendedahkan bahawa ciri keselamatan sedia ada di dalam peranti Android iaitu Google Play Protect tidak dapat menyekat kesemua serangan perisian hasad terhadap peranti Android.
Malah didapati Google Play Protect hanya mampu menyekat 1/3 daripada 6,700 sampel perisian hasad dalam ujian tersebut.
Ini bermakna, baki daripada jumlah itu yang bersamaan lebih daripada 4,000 perisian hasad dapat menjangkiti peranti Android.
"... Android users should not rely solely on Play Protect. Google's scan tool only identifies just over one-third of the nearly 6,700 malware samples in the test. Over 4,000 simply sneak through." AVTest.
Hasil daripada ujian itu menunjukkan bahawa Google Play Protect menerima skor terendah berbanding aplikasi pihak ketiga yang lain dalam memberikan perlindungan terbaik kepada pengguna peranti Android.
Jadi, penyelidik AVTest mencadangkan pengguna Android memasang aplikasi keselamatan tambahan bagi melindungi mereka dari serangan perisian hasad.
"As the detection rates of Google Play Protect are really quite poor, the use of a good security app is highly recommended." AVTest.
Berkaitan
- Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto
- Buang Segera 7 Aplikasi Android Ini, Sharkbot Kembali Serang Play Store
- PDRM Menasihatkan Pengguna Android Supaya Tidak Memuat Turun Fail APK Dari Sumber Tidak Sah
- Penyelidik Kesan Taktik Baru Cara Perisian Hasad "Keringkan" Duit Dari Peranti Android
- Versi Beta Android 12 Adalah Yang Paling Banyak Dimuat Turun Dalam Sejarah Android
- Ciri Perkongsian Fail Seakan AirDrop Akan Diperkenalkan Kepada Pengguna Android
- Penggodam Berpihak Kerajaan Didapati Ceroboh Pengguna Android Dan Pelayar Chrome
- Buang Cepat 63 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad 'Goldoson'
- Pelayar Chrome Untuk Android Akan Dilengkapi Ciri Salin Imej
- Pepijat Dalam Cip Qualcomm Menjejaskan Keselamatan Telefon Pintar Android