Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Mengunci Aplikasi Pada Peranti Xiaomi

Pengguna Android Tak Sengaja Temui Cara Melepasi Ciri ‘Lock Screen’

Diterbitkan November 14, 2022 · Dikemas kini November 14, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang pengguna Android bernama David Schütz melaporkan bahawa beliau secara tidak sengaja menemui cara melepasi ciri keselamatan telefon pintar Android iaitu ‘Lock screen‘.

Beliau yang juga seorang penyelidik keselamatan siber berkata, pepijat ‘lock screen‘ itu ditemui pada telefon pintar Android Google Pixel di mana hampir semua model Pixel terjejas.

“Saya menemui kelemahan yang menjejaskan seolah-olah berlaku pada semua telefon Google Pixel di mana jika anda memberi saya sebarang peranti Pixel yang terkunci, saya boleh memberikannya kembali kepada anda dengan tidak berkunci.” David Schütz.

Berkaitan

  • Apple Lancar Kemas Kini Baharu AirTag, Mudah Kesan AirTag Yang Tak Diketahui
  • Catat Skor Lebih 1.2 Juta Dalam Antutu, Dimensity 9200 Adalah Cip Android Paling Berkuasa
  • Cara Meningkatkan Tahap Privasi Pada "Whatsapp Web" Anda

Beliau menjelaskan, kecacatan itu membolehkan penyerang dengan akses fizikal memintas perlindungan skrin kunci (lock screen) termasuklah imbasan cap jari, nombor PIN, dan lain-lain sehingga penyerang mendapat akses lengkap ke atas peranti pengguna.

Kelemahan itu dikesan sebagai CVE-2022-20465 dan beliau berkata berkemungkinan ia turut menjejaskan pengeluar Android lain juga.

Ekoran penemuan itu, beliau telah melaporkannya kepada pihak Google dan menerima ganjaran sebanyak USD70,000 (~RM373,000) atas penemuan kecacatan tersebut.

Isu kecacatan itu telah diperbetulkan menerusi kemas kini keselamatan yang dilepaskan sejak 5 November 2022 lalu.

Sumber: bugs.xdavidhu.me

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY